Anugerah Senandika
Anugerah Kirana
Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi
Anugerah Sukmasari
Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Tambat Kaki
Anugerah Seri Sukmasari
Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi
Anugerah Aprisiasi Senandika
Encik Mohd Zaki Ahmad
Unit Budaya & Seni Kreatif
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
4 dan 5 April 2009
Masa:
3.00 petang (4 April 2009), 8.30 malam (4 dan 5 April 2009)
Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
(bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia)
Pakaian:
Bebas dan sopan
Bayaran:
Percuma
Teater yang akan dipentaskan adalah seperti di bawah:
4 April 2009
3.00 petang
8.30 malam
5 April 2009
8.30 malam
Majlis Perasmian Fiesta Teater Senandika oleh Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.
Pintu panggung akan dibuka 45 minit sebelum pementasan. Sila hadir seawal mungkin untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk memandangkan bilangan tempat duduk di Auditorium adalah terhad.
Sebarang masalah, sila berhubung dengan saya. Pihak kami menyediakan bas bagi pergerakkan ke Taman Budaya pada 4 & 5 April 2009, 10.00 pagi dan 7.00 malam.
"Teater... Memanusiakan Manusia"
"Senandika... Sweet Sangat!"
MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Universiti Malaysia Pahang
skype: sengal ubi
telefon: 0132002018
http://www.teatersenandika.blogspot.com
Tapi statement dalam tulisan ini memang meletup! Klik di sini.
"...turut dimeriahkan dengan penyertaan Kumpulan Teater Senandika, Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP..."
Dimeriahkan katanya. Mak Ngah suka!
p/s: Aku bayangkan Syidek yang baca dialog di atas. Serius Mak Ngah meletup!
Alhamdulillah. Selesai akhirnya Malam Penghayatan Maulidur Rasul Universiti Malaysia Pahang 2009. Senandika bersama Imtiyaz telah dijemput mewakili Kelab Kebudayaan & Kesenian untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Dan sekali lagi, Alhamdulillah, semuanya berjaya.
Mempertaruhkan monodrama "Rasululah: Kami Umatmu", mungkin tajuknya agak klise. Mulanya ingin sekali saya menamakan naskah tersebut "25: Dia Yang Terakhir" namun saya berpendapat tajuknya kurang sekepala dengan pihak pengajur dari Pusat Islam dan Sahabat Masjid.
Rata-rata memberi komentar positif mengenai monodrama tersebut, ada juga yang menangis. Alhamdulillah, jika lakonan saya sampai dan penonton dapat membezakan dua watak yang saya bawa, saya kira monodrama tersebut berjaya. Mendengar pujian dari Ustaz Zuridan, Pengarah Pusat Islam tentang hatinya yang tersentuh melihat lakonan saya membuatkan saya sedikit gembira.
Sejujurnya saya masih merasakan lakonan saya kurang berkesan, kerana emosi menangis saya tidak sampai, hingga saya benar-benar boleh menangis. Walau saya berjaya menangis sewaktu membaca skrip, emosi itu tidak datang pada malam pementasan. Walhal saya sedikit pun tidak gementar berada di hadapan audiens yang ramai, mungkin Astaka telah menjadi tempat permainan saya sejak tahun pertama.
Namun, perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam lakonan sebenarnya ialah profil. Profil sebenarnya sangat membantu pelakon untuk menghayati watak. Pergerakkan pelakon di atas pentas adalah bersebab dan membantu memahamkan cerita tersebut. Dalam monodrama tadi, saya kurang selesa dengan profil yang saya sendiri rancangkan, menjadikan saya mengulang profil yang sama berulang kali.
Perlu untuk seorang pelakon itu menguasai pentas dan audiensnya, dan saya merasa masih terlalu banyak kelemahan saya dalam lakonan. Bagaimanapun, selaku pengarah, penulis skrip dan pelakon monodrama "Rasulullah: Kami Umatmu", saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghargai lakonan saya, mereka yang memberi komentar kepada lakonan saya dan kerabat Senandika yang hadir memberi sokongan kepada saya, dan penolong saya atas kredibilitinya menjadi jururias saya.
Terima kasih saya ucapkan dan InsyaAllah, akan lebih banyak lagi persembahan monodrama dari Kumpulan Teater Senandika akan kami pentaskan kepada anda.
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Unit Budaya & Seni Kreatif
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Sesi Ujibakat Terbuka Sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
Sukacita dimaklumkan Kumpulan Teater Senandika akan mewujudkan satu produksi bagi mewakili universiti ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang.
Untuk merealisasikan tujuan di atas, satu sesi ujibakat terbuka akan diadakan mengikut ketetapan di bawah kepada semua warga universiti yang berminat untuk melibatkan diri dalam seni teater. Kami mencari mereka yang berminat dan sanggup memberikan komitmen kepada produksi. Bakat dan kepakaran adalah perkara kedua yang diamati.
Berikut adalah butiran mengenai sesi ujibakat tersebut.
Tarikh : 20 Mac 2009
Masa : 9.00 malam hingga 12.00 malam
Tempat : Royal Box, Aras 1, Kompleks Sukan Universiti
Pakaian : Bebas dan sopan
-bawa bersama sebatang pen untuk mengisi borang pendaftaran di pintu masuk Royal Box
Berikut adalah butiran mengenai produksi yang ingin diwujudkan. Produksi ini adalah secara umum dan boleh dipinda pada bila-bila masa jika difikirkan perlu.
-Pengurus Produksi
-Pengarah
-Pengurus Pentas
-Penolong Pengurus Pentas
-Pelakon (Lelaki dan wanita)
-Pengarah Artistik
-Krew Set, Props dan Hiasan
-Krew Teknikal (Pengcahayaan, Bunyi dan Kesan Khas)
-Krew Muzik dan Suara Latar
-Krew Busana dan Tatarias
-Krew Publisiti
Petikan skrip untuk kegunaan ujibakat boleh didapati melalui blog Senandika. Juga disertakan juga keterangan tugasan bagi setiap krew produksi di blog Senandika.
Sebarang pertanyaan atau kekeliruan atau kemusykilan, boleh diajukan kepada saya melalui memo atau Skype.
Ayuh, bersama kita memperkasakan nama universiti di negeri Pahang. Kerana teater itu yang memanusiakan manusia.
MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Universiti Malaysia Pahang
skype: sengal ubi
telefon: 0132002018
http://www.teatersenandika.blogspot.com
Maaf lama tak kemaskini blog. Pengemaskini semua sibuk agaknya mengarang skrip untuk DEKON 2009. Hahaha!
Saya cuma nak maklumkan untuk kerabat, kita menghadapi tahun yang amat sibuk walaupun hakikatnya kita tidak menyembahkan apa-apa. Untuk membuka mata anda yang sepet itu, saya senaraikan jemputan persembahan untuk tafsiran anda sendiri, apa yang perlu anda lakukan.
Selamat mentafsir dan selamat membuat kerja.
1. Jemputan persembahan dari universiti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah.
Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Astaka
2. Jemputan persembahan dari Majlis Perwakilan Pelajar
Tarikh : Mac 2009
Tempat : WDKU
3. Ujibakat Krew Produksi Teater Negeri Pahang
Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Akan diberitahu kemudian
4. Sebulan Bersama Senandika: Persembahan Teater Mingguan
Tarikh : 28 Mac & 4 April
Tempat : Taman Budaya Negeri Pahang
5. Jemputan persembahan teater bahasa Inggeris dari Majlis Perwakilan Pelajar
Tarikh : Ogos 2009
Tempat : UMP
6. Konsert Amal Palestin
Tarikh : 12 April 2009
Tempat : Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang
Saya akan memberi tugasan mengejut pada bila-bila masa, harapnya bersedia. Mari buangkan sifat malas dan mulakan bekerja. Hahaha!
p/s: Bau angin bayu dari negeri di bawah bayu ini malam. Hahaha!

Program Semarak Bangsawan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dimulai dengan pementasan Bangsawan Puteri Sakdung yang dijayakan oleh Kelab Bangsawan Warisan Budiman, UPSI.
Teater Puteri Sakdung mengisahkan pengorbanan seorang wanita berparas cantik, Puteri Sakdung dalam mempertahankan negeri yang dinaungi bondanya, Cik Siti Wan Kembang dan telah membuktikan kesetiaan cintanya kepada suami, Raja Abdullah.
Semua kerabat Senandika dan juga jurulatih, Epul telah bersama-sama menyaksikan teater ini pada hari sabtu, 14 February 2009, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kami berangkat dari UMP pada jam 10.30 pagi. Usai sahaja sampai di Kuala Lumpur, kami disambut oleh kerabat ALUMNI, abg peedot dan azril. Kemudian, kami bersiar-siar dahulu di Suria KLCC sementara menunggu pementasan bermula tepat jam 8.45 malam.
Pemantasan berakhir agak lewat membuatkan kami tidak sempat untuk menemubual krew produksi Kelab Bangsawan Warisan Budiman untuk bertanyakan mengenai disebalik tabir pembikinan Bangsawan Puteri Sakdung. Kami bergerak pulang ke UMP pada jam 12.05 pagi.
Secara keseluruhannya, teater bangsawan Puteri Sakdung ini memberi telah memberi kami sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berguna sebagai persediaan untuk pementasan yang bakal kami pentaskan.
"memanusiakan manusia melalui teater"
Malam ni, pelajar Kolej Shahputra, Kuantan akan pentaskan teater Bukan Cinta Biasa dekat Taman Budaya Pahang. Aku dah tanya pasal bas tapi bas tak dapat disediakan. Jadi aku cadang nak ajak semua pergi tapi kena gerak sendiri. Korang tanya kawan-kawan yang buat sewa kereta, ada kosong terus tempah untuk guna malam ni. Agak-agak pementasan tu habis dalam pukul 11.00 malam.
Pada masa yang sama jugak aku nak korang belajar pasal teater, dalam terma pengarahan, lakonan, set, teknikal, busana dan muzik. InsyaAllah ada orang yang berpengalaman luas dalam teater nak duduk sembang dengan kita semua. Jarang kita dapat peluang macam ni, jadi aku tak nak korang lepaskan.
Berbalik kepada sewa kereta tadi, nanti maklumkan dekat aku berapa banyak kereta yang korang boleh sewa. Siapa yang boleh pergi tolong mesej aku. Aku nak gerak dalam pukul 6.30 petang, kita solat Maghrib dalam perjalanan dan terus gerak ke Taman Budaya. Esok susah nak dapat tempat, kena la awal sikit.
Apa-apa bagi tau aku boleh? Maaf bagi entri tak menjaga bahasa macam ni, dah habis nanti aku hapuskan. Sekurang-kurangnya aku masih berbahasa Melayu.
Amir.
Di padang bola sewaktu rehat kelas teori, kapten pasukan yang sedang duduk di bangku sambil termenung, didatangi pengurus pasukan.
Pengurus:
A... Macam mana prestasi budak-budak kita?
Kapten:
Susah nak cakap Tuan Z. Memang mereka bersungguh belajar main bola, tapi belum lagi turun padang. Saya nak mereka "warm up" dulu. Tengok mereka kurang tangkas. (Bangun menendang bola jauh ke hujung padang, kemudian duduk kembali)
Pengurus:
Kan saya dah dapatkan jurulatih untuk awak?
Kapten:
Memang ada jurulatih tuan. Mungkin saya yang manjakan mereka sangat. Tu mungkin penyebab mereka kurang tangkas. Saya pun bingung tuan. (Mengeluh)
Pengurus:
A... (Sambil memandang rumput) Sebelum awak jadi kapten, saya ada empat kapten. Dulu rumput dekat padang ni panjang, kita tiada mesin nak potong. Kapten saya yang empat dulu dengan anak-anak buah mereka yang cantas rumput jadi pendek, biar selesa awak dengan anak-anak buah awak bermain. (Pengurus menendang bola ke arah tiang gol, kemudian duduk di bangku bersama kapten pasukan) Dulu kapten saya yang empat dan anak buah mereka, bermain dekat padang tak selesa, berdarah tapak kaki pijak batu, tercalar betis tertoreh duri, mereka tetap main dengan hebat.
Kapten:
Saya tahu tuan. Saya pun pernah main bersama mereka dulu.
Pengurus:
Semuanya bergantung dekat awak Saya bagi awak kebebasan ubah formasi, saya bagi awak kelonggaran main dekat padang baru. Bagilah saya aksi yang terhebat dari pasukan awak bila bermain. Kalau boleh, bermain disorak penonton setiap minggu. Kalau awak terus belajar, tapi tak mahu turun padang, berapa tahun belajar sekalipun, awak tak mungkin jadi hebat.
Kapten:
Saya faham maksud tuan. Lepas ni pun dalam bulan Mac mereka ada perlawanan persahabatan mingguan selama sebulan, bulan Mei saya akan hantar empat pemain terbaik saya berlawan di Sabah, bulan Jun kami akan berentap di peringkat negeri, bulan Disember kami akan bertarung dengan pasukan setaraf kami. Tapi...
Pengurus:
Tak perlu bertapi itu ini... A... Awak ketua, kena tunjukkan kepimpinan awak. Awak yang menentukan hala tuju pasukan. Apa saja kehendak jurulatih yang awak kurang berkenan, awak nafikan. Itu kuasa yang saya beri dekat awak. Saya lepaskan awak bermain dalam acuan awak sendiri, bukan acuan yang orang lain.
Kapten:
(Memandang pengurus pasukan penuh pengertian) Baik tuan. Saya tahu apa yang patut saya buat.
Pengurus pasukan bangun, memberi senyuman kepada kapten pasukan, berjabat tangan lalu meninggalkan padang. Kapten pasukan kemudian memanggil anak-anak buah dan bersedia mengatur stratergi untuk kesemuanya hari ini turun padang.
Senandika dengan berbesar hati menjemput mana-mana kerabat alumni yang berminat mewujudkan produksi dan mementaskan teater di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Usaha ini adalah suatu usaha untuk memperkenalkan Senandika kepada masyarakat luar kampus di samping meneruskan budaya berteater bagi kerabat yang sudah bergraduasi.
Kerabat alumni yang berminat bolehlah meninggalkan butiran untuk saya hubungi bagi tujuan jemputan, surat-menyurat dan lain-lain perkara yang memerlukan perbincangan. Dengan izin Tuhan, Alumni Senandika akan dilancarkan dalam masa terdekat dan mohon alumni mengirimkan maklumat kepada saya untuk tujuan pendaftaran.
Balasan dari kerabat alumni saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Amir.








