Tidak terlalu awal rasanya untuk Senandika mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Pastinya kini sudah ramai yang telah pulang ke kampung halaman. Selamat bergembira di samping keluarga kami ucapkan.
Ramai juga yang bertanya, apa perkembangan terbaru Senandika buat masa ini?
InsyaAllah, kami telahpun merancangkan beberapa perkara untuk kumpulan dan juga ahli. Ada beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan. Sekiranya telah dipersetujui dan dicapai kata putus, akan kami khabarkan kepada warga Senandika sekaliannya.
1. Festival Teater MAKUM 2008
Festival Teater MAKUM 2008 dirancangkan bakal diadakan pada Januari 2009. Tarikh dan tempat belum lagi kamu terima pengesahannya. Namun seperti kebiasaannya, latihan dan persiapan untuk ke MAKUM akan diadakan sepanjang cuti semester yang akan datang. Mohon semua warga Senandika peka tentang perkara tersebut.
Uji bakat lakonan (casting) akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Tarikh, tempat dan masa akan diwawarkan kemudian kepada semua warga Senandika dan universiti melalui memo. Minta semua warga Senandika mengambil tahu akan perkara tersebut dan mewawarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertai Festival Teater MAKUM 2008. Sebarang pertanyaan mengenai MAKUM 2008, bolehlah merujuk terus kepada Farani Mustafa.
2. Panel Skrip Senandika
Panel Skrip Senandika telahpun diaktifkan dan disenarai pendekkan ahlinya. Untuk tugasan pertama, mereka akan mencari naskah-naskah drama pentas untuk dijadikan rujukan dan koleksi drama pentas Senandika. Terbaru, Panel Skrip Senandika sedang mencari naskah drama pentas untuk pementasan di Taman Budaya Pahang, Kuantan pada bulan hadapan.
Panel Skrip Senandika buat masa ini sedang menyiapkan naskah teater muzikal kemerdekaan yang diadakan secara kolaborasi bersama Pejabat Naib Canselor universiti. Mereka juga sedang menelaah buku panduan penulisan kreatif dari Faisal Tehrani berjudul "Karya Nan Indah" untuk membantu penghasilan skrip tersebut. Jika tiada aral melintang, naskah tersebut dijangkakan siap pada cuti semester nanti dan akan dipentaskan kepada warga universiti di Kompleks Sukan, seperti yang dibincangkan bersama Pegawai Khas Naib Canselor universiti.
Jika anda mempunyai mana-mana naskah drama pentas, mohon diberikan kepada Panel Skrip Senandika. Sebarang informasi berkaitan dengan Panel Skrip Senandika, bolehlah bertanya kepada Mohd Amiruddin Fadzli.
3. Pementasan di Taman Budaya Pahang
Buat masa ini, Senandika masih lagi dalam proses untuk meneliti naskah drama pentas yang hendak dibawa. InsyaAllah jika tiada aral melintang, pementasan tersebut akan diadakan pada Oktober 2008 di Taman Budaya Pahang, Kuantan. Pementasan ini adalah hasil usaha sama Kumpulan Teater Senandika dan Majlis Teater Pahang yang kini menaungi Kumpulan Teater Senandika. Ini merupakan pementasan teater kedua Senandika selepas Misi selain pementasan untuk MAKUM.
Perkembangan mengenai pementasan tersebut akan dimaklumkan kemudian.
4. Senandika Raya 2008
Senandika Raya kembali lagi! Kali ini, kita akan tampil dengan konsep "zero budget". Walaupun kurang dari segi kewangan, kita akan bersama meriahkannya. Jangan lupa membawa pulang kuih-kuih dan juadah-juadah Raya dari rumah selepas naik cuti Raya nanti!
Maklumat lanjut mengenai Senandika Raya akan kami khabarkan kelak.
Itu sahaja maklumat terkini mengenai Kumpulan Teater Senandika. Selamat Hari Raya semua!
Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan
Pusaka Sari di Malam Inspirasi Seni '08
Dicatat oleh Senandika Label: Aktiviti, Foto, Pelakon, TeaterPusaka Sari merupakan sebuah naskah teater hasil nukilan panel skrip Kumpulan Teater Senandika. Naskah ini yang pada asalnya diilhamkan bersempena festival teater MAKUM, telah menjadi titik tolak yang merubah kebanyakan ahli kumpulan teater senandika.
Namun begitu, hari ini tidaklah saya mahu bercerita mengenai MAKUM. Sekadar mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu persembahan Pusaka Sari untuk Malam Inspirasi Seni 2008 (Credits to Gepeng!).
Saudari Sazila sebagai Inang Bayu.
Berselindung dibalik rupanya yang menawan dan tutur kata manis, tersembunyi seorang wanita yang sanggup membunuh hanya kerana cintanya terawang-awangan tak bersambut si pemain bonang. Licik dan kejam, namun akhirnya merana terkena tulah dan bala.
Sang Laksamana yang tewas di tangan seorang perempuan. Disebalik kegagahan dan karismanya, keegoannya telah meletakkan dirinya setahap dengan binatang-binatang buas yang kurang berakal tingkahnya.
Saudara Kay sebagai Arjuna dan Saudari Fazirah sebagai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.Si pemain bonang instana dan sang puteri pewaris singgahsana. Pasangan yang dirundum bencana dek hasad dan dengki, mati ditangan si pengkhianat yang keji. Namun, mereka berjanji setia sehidup semati bila saja paluan bonang bergema lagi.
Begitulah sedikit sebanyak apa yang ingin dicerekakan pada kali ini. Sepanjang perjalanan kumpulan senandika, pusaka sari telah banyak mencorakkan apa yang kami kecapi sekarang. Walaupun ada pergeseran, walaupun berlaku tikaman, namun tetap senandika bersama, bergerak diatas paksi seni dengan desakan minat sendiri.
Oleh Farani Mustafa
Langgan:
Catatan (Atom)



