Alhamdulillah. Selesai akhirnya Malam Penghayatan Maulidur Rasul Universiti Malaysia Pahang 2009. Senandika bersama Imtiyaz telah dijemput mewakili Kelab Kebudayaan & Kesenian untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Dan sekali lagi, Alhamdulillah, semuanya berjaya.
Mempertaruhkan monodrama "Rasululah: Kami Umatmu", mungkin tajuknya agak klise. Mulanya ingin sekali saya menamakan naskah tersebut "25: Dia Yang Terakhir" namun saya berpendapat tajuknya kurang sekepala dengan pihak pengajur dari Pusat Islam dan Sahabat Masjid.
Rata-rata memberi komentar positif mengenai monodrama tersebut, ada juga yang menangis. Alhamdulillah, jika lakonan saya sampai dan penonton dapat membezakan dua watak yang saya bawa, saya kira monodrama tersebut berjaya. Mendengar pujian dari Ustaz Zuridan, Pengarah Pusat Islam tentang hatinya yang tersentuh melihat lakonan saya membuatkan saya sedikit gembira.
Sejujurnya saya masih merasakan lakonan saya kurang berkesan, kerana emosi menangis saya tidak sampai, hingga saya benar-benar boleh menangis. Walau saya berjaya menangis sewaktu membaca skrip, emosi itu tidak datang pada malam pementasan. Walhal saya sedikit pun tidak gementar berada di hadapan audiens yang ramai, mungkin Astaka telah menjadi tempat permainan saya sejak tahun pertama.
Namun, perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam lakonan sebenarnya ialah profil. Profil sebenarnya sangat membantu pelakon untuk menghayati watak. Pergerakkan pelakon di atas pentas adalah bersebab dan membantu memahamkan cerita tersebut. Dalam monodrama tadi, saya kurang selesa dengan profil yang saya sendiri rancangkan, menjadikan saya mengulang profil yang sama berulang kali.
Perlu untuk seorang pelakon itu menguasai pentas dan audiensnya, dan saya merasa masih terlalu banyak kelemahan saya dalam lakonan. Bagaimanapun, selaku pengarah, penulis skrip dan pelakon monodrama "Rasulullah: Kami Umatmu", saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghargai lakonan saya, mereka yang memberi komentar kepada lakonan saya dan kerabat Senandika yang hadir memberi sokongan kepada saya, dan penolong saya atas kredibilitinya menjadi jururias saya.
Terima kasih saya ucapkan dan InsyaAllah, akan lebih banyak lagi persembahan monodrama dari Kumpulan Teater Senandika akan kami pentaskan kepada anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



3 ulasan:
ala..
nak tengok
ade rakam x?
Pandangan layman memang tak sama dengan pandangan orang yang memang ahli di dalam teater.
kak nyda, kena tanya bahagian korprat. ada kot rakam. hehehe~
pegawai khalwat, saya setuju. sebab itu saya tidak puas, dan tidak pernah merasa puas.
Catat Ulasan