Mula: 10 Mei 2010
Bengkel: 11 dan 12 Mei 2010
Tempat Latihan: Ruang Legar Blok W, Studio Tari
Masa Latihan: Setiap Masa
Hari Pertandingan: 1-6 Jun 2010, Universiti Malaya
Ahli produksi diminta untuk mengambil serius tentang hal ini. Kita cuma ada 2 minggu lebih sahaja untuk persediaan ke MAKUM.
*cheewaah..serius giler ayat..hehehe..tak ade pape cuma nak mengingatkan sahaja.
Kita cuma ada masa yang singkat untuk membuat persediaan jadi semua ahli hendaklah menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Memandangkan minggu persediaan adalah masa short sem, jadi pandai - pandailah bahagikan masa dan tugas masing - masing.
Biasakan diri anda untuk berproduksi dalam masa yang singkat dan bekerja di bawah tekanan. SELAMAT berMAKUM..!!!!!
Kepada ahli senandika sekalian, baru2 ni kita di kejutkan dengan berbagai masalah yang mungkin saja remeh dan juga yang boleh menghancurkan sama sekali reputasi senandika. Kemalangan yang menimpa dua orang sahabat kita adalah contoh salah satu musibah yang menimpa. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, mereka terselamat dari cubaan yang Tuhan berikan.
Aku harap kalian semua boleh bersabar dan sama-sama belajar untuk menghadapi segala rintangan. Harus aku ingatkan, biar susah mana sekali pun sesuatu itu, jikalau bulat hati kalian sekumpulan untuk merangkulnya, insya'allah ia akan tercapai matlamat kalian dengan jayanya. Sentiasa bersedia kerana kalian akan selalu berhadapan dengan situasi2 basi begini. Memang berat untuk memelihara sesuatu berbanding memulakan sesuatu. Tapi, haruslah kamu percaya bahawa hikmahnya akan datang dikemudian hari kelak.
Aku dan mana2 ahli senandika lain akan sentiasa cuba berada disisi kalian, mahupun jasad kami jauh diperantauan.
( Walaupun ayat skema aku ni xbrape nk best, ak taw korg paham punya apa yg aku nk ckp kan? wakakaka :D)
Semoga ada manfaat dari apa yang aku nak sampaikan ni, aku harap kalian semua sukses selalu, insya'allah~


