Kerja Amal Senandika.

Assalamualaikum.

Kuantan, 28 Disember 2009: Senandika tahun 2010 kali ini akan lebih mendekatkan diri kepada rakyat. Dengan kerja - kerja amal yang akan dilaksanakan, pastinya hubungan antara ahli Senandika dan warga Malaysia akan menjadi lebih erat.

Hahaha..betul2 propa. Tak adalah. 2 minggu lepas, Senandika dan ahli - ahli tersayang telah buat satu kerja amal yang sangat best iaitu mengecat taska yang dipunyai oleh kakak kepada Zubaidah aka Bed. Hehehe. Best sangat dan enjoy. Kami bertolak dari UMP pukul 9 pagi dan pulang pada jam 6 petang. Even tak siap lagi kerja tapi kena balik jugak sebab uncle bas suruh balik.

Sebab tu lah ada Kerja Amal Part 2 yang akan berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu ini, 2 January 2010, pada jam 8 pagi sampai kerja siap. Hehehe.

Jadi, kepada semua warga Senandika yang wujud di UMP pada hari sabtu ini, anda digalakkan hadir, oh, tidak, anda diwajibkan hadir ke kerja amal tersebut. Sebarang pertanyaan, klik sini.


lukisan yang kami dah lukis. ada lagi gambar. nanti akan diupload dari semasa ke semasa. hehe.

Sekian, terima kasih.

BBQ anyone?


Batu Hitam

Since the finals is due in a couple of weeks, why don't we let loose and have some fun on the beach? I was thinking Batu Hitam or Balok or Cherating. Of course, its during the study week. Something simple and enjoyable. What say you?

Senandika Raya 2009.


Kegembiraan yang tak mampu diucapkan dengan kata - kata.. hehehe..SELAMAT HARI RAYA!!!..

*ihsan gambar: album facebook epol..

TAHNIAH..!!!!







Setinggi - tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua senior senandika yang telah bergelar graduan pada 3 dan 4 h/b oktober yang lalu. Semoga anda semua terus berusaha mengejar cita-cita dan berjaya dalam hidup. Semoga SENANDIKA kekal di hati kalian.

* ihsan gambar: album facebook syafiq, kak ila, yuyun, abg peedot.

Hangout Ramadhan Kembali!

Macam biasa, ikut tradisi, tiap kali Ramadhan mesti ada hangout. Tahun ni kita buat lain sikit daripada tahun lepas. Konsep lebih santai, lebih happening, tapi bajet kurang (ramai yang complaint dah sengkek). Ada dua pelan, pilih la salah satu.

PELAN A
(pelan bajet habis!)

Tarikh:
5 September 2009 (Jumaat, ambil berkat sikit)

Masa:
5.30 petang sampai 5.30 pagi (overnight macam tahun lepas)

Tempat:
Padang MPK 1 (dekat depan Masjid, kita buat picnic tahun ni)

Bayaran:
RM 10++ (bagi lepas sewa kereta dengan minyak, makan bajet sendiri, lantak la nak beli banyak mana tapi kena makan ramai-ramai, lagi afdal kalau sharing, baru jimat)

Agenda:
Bertolak ke Bazar Ramadhan - Buka Puasa - Solat Maghrib dengan Isyak Berjemaah - Bermalam di Pantai Teluk Chempedak - Sahur - Pulang Ke UMP

Penyertaan:
Semua kena join (terutamanya ahli-ahli baru, dan jangan gatal-gatal nak balik masa tu)

PELAN B
(sama macam tahun lepas, malas nak edit)

Hari:
Jumaat


Tarikh:
5 September 2009 (tarikh sebelum ni tarikh tahun lepas punya)


Jam:
5.30 petang
- 5.30 pagi

Bayaran:
RM25.00
(Makan + Kereta Sewa)

Agenda:
Bertolak ke Bazar Ramadhan - Solat Maghrib Berjemaah - Makan Malam di Tanjung Lumpur (budak-budak complaint makanan tahun ni lagi sikit daripada tahun lepas)- Solat Isya' Berjemaah - Bermalam di Pantai Teluk Chempedak
- Sahur - Pulang Ke UMP

Cepat pilih!

Salam Ramadhan!


Alhamdulillah, sampai lagi kita di dalam dakapan Ramadhan Al-Mubarak. Peluang yang datang setahun sekali ini diharap diraih sepenuhnya moga2 mendapat keberkatan yang berpanjangan.

Kami dibarisan Senandika ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani Ramadhan kepada semua ahli Senandika, para pengunjung blog Senandika, para sahabat seangkatan & seperjuangan, dan tidak lupa juga kepada sekalian umat Islam di muka bumi.

"Kerana mereka yang bersabar itu akan selalu berhasil."


Terbaik Dari Ladang!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan Rumah Anak Teater akan mementaskan teater di bawah projek Komuniti Kental Volume II pada Sabtu petang dan Ahad malam ini di Black Box, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan pementasan teater tersebut, bolehlah memberikan nama, id pelajar dan nombor telefon melalui SMS kepada Syahidah Othman, 0145093817 atau 0176704221. Tiket masuk ialah RM 20, makanan adalah tanggungan sendiri dan bas akan sedaya-upaya diusahakan.

Keutamaan akan diberikan kepada kerabat Senandika dan ahli Kelab Kebudayaan & Kesenian.

"TEATER... MEMANUSIAKAN MANUSIA"

Sekian untuk makluman.

AMIRUDDIN FADZLI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Universiti Malaysia Pahang
http://teatersenandika.blogspot.com

Anda Berminat Dengan Teater? Ini Peluang Terbaik Anda!

Kumpulan Teater Senandika ialah kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Kebudayaan & Kesenian. Kami memperjuangkan seni persembahan pentas seperti teater, drama dan monolog. Pernah menyertai Festival Teater Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2006 dan 2007 serta Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2009. Antara kejayaan yang pernah diraih oleh kumpulan ini ialah Pelakon Harapan Wanita Terbaik selama dua tahun berturut-turut di Festival Teater MAKUM 2006 dan 2007.

Kami kini membuka peluang kepada mereka yang berminat dengan seni persembahan pentas untuk menyertai Kumpulan Teater Senandika. Jika anda menganggap teater hanya sekadar lakonan, tanggapan anda salah!

Jadi ada apa dengan teater?

Kami turut menekankan kemahiran produksi: pertukangan dan pembinaan pentas (bahagian set, props dan hiasan), pengawalaturan "stage light", "sound effect" dan "special effect" (bahagian teknikal dan kesan khas) "make-up" (bahagian tatarias dan tatabusana). Kami juga memerlukan kreativiti sinografi pementasan dan pembentukan perwatakan dan pementasan (pengarah), pelakon serta pengawalaturan keseluruhan pementasan (pengurus pentas).

Jika anda mencari ruang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran tambahan sebagai mahasiswa/i universiti dengan cara yang santai dan berkesan, sertailah kami sebagai kerabat Kumpulan Teater Senandika. Jika anda tidak mempunyai pengalaman, jangan risau kerana kami juga menyediakan sesi pembelajaran teater setiap minggu.

Sertailah kami hari ini! Jika anda rasa anda seorang yang kreatif dan ingin memonjolkan kreativiti anda, hadirkan diri anda untuk perjumpaan pertama bersama kerabat baru pada 22 Julai 2009, jam 9.30 malam di Blok W.

Kami menanti kehadiran anda! Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan saya. Jumpa anda di sana!

Amiruddin Fadzli
Ketua Kumpulan Teater Senandika
0132002018
http://teatersenandika.blogspot.com

[TEATER SENANDIKA]: Perutusan Khas Kepada Kerabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengumuman ini ditujukan khas kepada kerabat Kumpulan Teater Senandika, Universiti Malaysia Pahang.


Suatu perjumpaan akan diadakan pada malam ini, khamis, 16 julai 2009 pada pukul 9.30 malam bertempat di ruang legar blok w. Kehadiran mereka yang bergelar ahli amatlah dititkberatkan. Sila bawa bersama anda buku nota dan alat tulis. Ia sebagai persediaan untuk aktiviti dan kelas teater yang akan dijalankan. Sebarang pertanyaan boleh merujuk terus kepada saya atau ketua kumpulan, Amirudin Fadzli


Sekian, terima kasih.


NUR SYAHIDAH OTHMAN
Penolong,
Kumpulan Teater Senandika,
Universiti Malaysia Pahang.
017-6704221
skype: scarletsyidek
YM: tornado_scarlet5@yahoo.com
http://teatersenandika.blogspot.com

FESTIVAL TEATER PAHANG

























Untuk makluman anda semua, Festval Teater Negeri Pahang akan berlangsung dari 23-28 Jun 2009. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang akan mengambil bahagian dalam festival tersebut. Berikut merupakan butiran lanjut persembahan Kumpulan Teater Senandika:

Tajuk : Pengajarannya (Adaptasi La Lecon)

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang

Masuk adalah percuma.

Bagi yang berkelapangan, anda dijemput hadir menyaksikan persembahan ini bagi memberi sokongan kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Siti Zubaidah Binti Mohd Noor
Krew Publisiti & Kebajikan
Teater Adaptasi La Lecon

Adakah Anda Bersedia Untuk The Lesson?

















Tarikh The Lesson:

25 Jun 2009

Masa Pra-The Lesson:
8.00 pagi

Masa The Lesson:
11.00 pagi

Tempat The Lesson:
Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang

"JAGA-JAGA! INI BUKAN KELAS BIASA!"


Pengumuman untuk ahli produksi sekalian!


Alright fellas, its time to work SMART!

SPECIFIC

Focus on what we need to do instead of what we should do.

MEASURABLE

Set goals that we want to achieve.

ATTAINABLE

Acknowledge our limitation. Use every available option.

REALISTIC

Make sure that our goals is within our reach.


TIME-ORIENTED

Balance the work need to be done with the time left.




We now got approximately 20+ days left to finish everything. Start shifting gears!


Dia Datang...

Dah lama blog Senandika tak dikemaskini.

Alasan terlalu sibuk bersiap sedia untuk Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2009 sebenarnya taklah begitu "terlalu" seperti yang dikatakan. Kerja-kerja membina set, menyelaras teknikal, memilih busana serta tatarias dan penghebahan publisiti semuanya berjalan lancar. Latihan lakonan secara hitam putih sebanyak tiga sesi sehari juga berjalan baik.

Semuanya mengikut perangkaan dan kami menanti keajaiban untuk berlaku.

Kenapa keajaiban?

Kertas kerja untuk belanjawan penyertaan dan persediaan Kumpulan Teater Senandika ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2009 saja sudah memakan belanja berbelas ribu ringgit. Tak ditambah dengan harapan setinggi Gunung Tahan untuk Senandika mendapat tempat di festival itu nanti. Biasalah, bila hantar kertas kerja, dari belasan ribu jadilah beribu, kalau kejam, boleh jadi beratus. Alasan pihak atasan: Membazir!

Setiap tahun, itulah alasan yang diberi. Nak kejayaan tinggi melambung tapi tak nak tolong. Tapi tak apa sebab kami dah biasa dengan fenomena yang semacam ini.

Memang kami akan membawa perubahan dan harapnya perubahan ini akan membawa kesan. Genre teater ini suatu yang baru, aku rasa dekat Pahang tak ada yang pernah bawa. Tapi yang pasti, tiada unsur cinta dalam teater kali ini. Tapi pementasan teater dari Senandika memang tak dapat lari dari satu klise.

Klise apa? Yang itu kena tunggu.

p/s: Tajuk entri ini macam tak kena kan? Yang itu pun kena tunggu. Macam cerita Penunggu Pusaka dah.

Masuk Berita Lagi!




Jangan jeles muka Pak Ngah depan sekali. Hahaha!

Festival Drama 10 minit?

Festival Drama 10 Minit DBP

Teater seploh minit di DBP, 22-25 April 2009.

16 drama, 16 orang pengarah berkaliber, 160 minit.

Are you up for the challenge?

Keratan Akhbar: Sinar Harian, 10 April 2009

Teater Orang Kasar

Satu teater berjudul 'Orang Kasar' akan dipentaskan di Taman Budaya Negeri Pahang oleh Kelab Teater Pujangga pada 18 April 2009, Sabtu, pukul 8.30 malam. Tiada perkhidmatan bas disediakan tetapi kerabat yang berminat untuk pergi menonton, boleh pergi seawal 7.30 petang bersama-sama. Sesiapa yang tidak ada 'paper' hari Isnin atau merasa bosan duduk di bilik, boleh 'join' kami untuk kesana. Siapa nak ikut, angkat tangan!

Berita E-Comm UMP: Pelajar UMP Berjaya Pentaskan Empat Teater

Pelajar UMP Pentaskan Empat Teater

Kuantan, 13 April Setelah dua hari berkampung di Taman Budaya Negeri Pahang, Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang (UMP) boleh bernafas lega melihat kejayaan mereka mementaskan empat karya seni mereka kepada orang ramai.

Bertemakan Satu Evolusi, Satu Transformasi, fiesta yang merupakan pementasan sulung yang diadakan di luar kampus membuktikan kemampuan pelajar-pelajar dari universiti teknikal bergiat dalam seni teater setanding dengan pengiat teater lain.

Bertempat di Taman Budaya Negeri Pahang, Kumpulan Teater Senandika UMP menampilkan empat persembahan teater yang bertajuk, "Ubat" , "Tambat Kaki", "Teruk" dan "Kerusi" arahan dan lakonan sepenuhnya oleh 40 orang pelajar universiti ini.

Menurut Pengarah Program Fiesta Teater Senandika, Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini, ini adalah kali pertama pementasan teater diadakan di luar kampus dan kali pertama pertandingan teater dilaksanakan setelah enam tahun penubuhan UMP.

" Fiesta teater ini bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Teater Senandika kepada masyarakat luar kampus, mewujudkan jaringan antara Kumpulan Teater Senandika dan kumpulan-kumpulan teater lain di negeri Pahang.

" Pementasan ini juga sebagai persediaan untuk penyertaan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada Jun 2009 dan Festival Teater MAKUM pada Disember 2009.

" Walaupun kami tidak mempunyai latar belakang teater dan tiada bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman, itu tidak mematahkan semangat kami untuk bergiat dalam teater dan menjayakan pementasan ini" , jelas Mohd Amiruddin Fadzli sambil memberitahu latihan lakonan diadakan dalam tempoh persediaan selama sebulan.

Kesungguhan menjalani latihan terbukti berkesan apabila 40 barisan ahli mampu menghayati watak dengan baik sepanjang pementasan" , katanya.

" Ini adalah kerana minat yang mendalam disamping mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan universiti, " kata beliau.

Tambah beliau lagi, pementasan teater Tambat Kaki dan Teruk mendapat sambutan penuh apabila dipentaskan kepada orang ramai di panggung Taman Budaya Negeri Pahang.

Beliau berkata, selain dari pementasan ini, kumpulan Teater Senandika pernah memenangi tempat ketujuh keseluruhan festival MAKUM ke-8 dan tempat pertama antara enam universiti teknikal seluruh Malaysia.

Empat teater yang dipentaskan iaitu Ubat arahan Mohd Azlan Umar, mengemukakan tema kekejaman dan ketamakan manusia manakala teater "Teruk" pula mengemukakan tema konflik cinta akibat perbezaan darjat. Teater "Tambat Kaki" pula mengungkap sikap ahli politik yang sekadar berjanji kosong semasa pilihanraya dan teater Kerusi pula mengajak kita berfikir tentang soal kekuasaan dan kekejaman.


Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, pengurusan UMP memberi sokongan penuh kepada pementasan teater ini yang merupakan salah satu cabang seni kreatif yang sihat yang menggalakkan kreativiti dan personaliti positif pelajar.

Menyedari pentingnya kreativiti sebagai katalis kecemerlangan sikap dan budaya kerja, pengurusan UMP telah meletakkan elemen tersebut dalam salah satu slogannya iaitu, Engineering, Technology and Creativity, katanya semasa merasmikan Fiesta Teater Senandika baru-baru ini. Majlis turut dihadiri Encik Mohd. Sukarno bin Abdul Wahab, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan Datin Hajjah Faziah Ali, Ketua Timbalan Pendaftar, Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

Menurut Daing Nasir, Fiesta Teater Senandika yang berlangsung selama dua hari baru-baru ini bolehlah dianggap sebagai showcase kreativiti para penggerak Kumpulan Teater UMP.

Daing Nasir berkata, sensitiviti dan kepekaan pelajar UMP terhadap isu-isu semasa telah dipancarkan melalui sentuhan kreatif mereka dalam teater-teater yang dipentaskan sepanjang fiesta ini.

" Dalam konteks ini, slogan Mahasiswa Jurubicara Masyarakat " juga boleh dilebarkan kepada hasil karya kreatif pelajar seperti teater, cerpen dan puisi bagi menyuarakan perspektif dan pandangan mereka terhadap isu-isu semasa.

" Menjadi jurubicara kepada masyarakat menuntut para pelajar menggunakan segala ruang dan peluang yang ada yang disesuaikan dengan pelbagai segmen audien yang ada di luar sana," katanya.

Daing Nasir juga turut menasihatkan semua penggiat teater, khususnya Senandika untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap karya yang digarap dan dipersembahkan mengambil kira nilai serta adab sopan tanpa menyentuh sensitiviti politik, agama dan kaum.


" Tampilkanlah kematangan dan akauntibiliti dalam setiap karya yang digarap dan dipersembahkan.Saya yakin Kumpulan Teater Senandika UMP mempunyai potensi besar dan boleh maju ke hadapan, mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang, " katanya mengakhiri ucapan beliau kepada semua penggiat seni teater untuk terus mementaskan teater dan menghasilkan karya pada masa akan datang.

SENANDIKA Hangout Berkelah : Postponed

Berikutan berlakunya beberapa kerumitan dalam proses perancangan dan pelaksanaan, hangout terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.

SENANDIKA Hangout Berkelah?

Rata2 kita dah penat dengan study, dan pementasan minggu lepas. So, why not kita gerak ke satu tempat yang asing, melarikan diri hiruk-pikuk UMP yang sibuk ini and have ourselves a great time? Say, why not ke Hutan Lipur Berkelah?

I'm sure ramai lagi ahli senandika yang xmenjejakkan kaki lagi ke sana, hehe :D Its trecherous, steep, full of boulders, exhausting hike will be rewarded with a view of serenity and of course lots of bone-chilling icy cold water. So, how about it? Are you up for the challenge? Hoho :D

Satu Evolusi, Satu Transformasi





produksi teater Teruk dan Tambat Kaki

produksi teater muzikal Ubat

salah satu adegan dalam teater muzikal Ubat

produksi teater Adaptasi Kerusi

salah satu adegan dalam teater Adaptasi Kerusi

Pendeklamasian sajak 'Tawa Dalam Tawan'

salah satu adegan dalam teater Tambat Kaki

salah satu adegan dalam teater Teruk


Fiesta Teater Senandika melabuhkan tirainya pada 5 April 2009 setelah dua hari kerabat Senandika berkampung di Taman Budaya Negeri Pahang. Bertemakan Satu Evolusi, Satu Transformasi, fiesta kali ini menyaksikan teater Adaptasi Kerusi arahan Farani Mustafa diangkat sebagai teater terbaik menewaskan Teruk, Tambat Kaki dan Ubat.

Majlis Perasmian Penutup Fiesta Teater Senandika disempurnakan oleh Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Turut hadir ialah Datin Hajah Fazia Ali dan Encik Mohd Sukarno Abd. Wahab, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang.

Menurut Pengarah Program Fiesta Teater Senandika, Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini, ini adalah kali pertama pementasan teater diadakan di luar kampus dan kali pertama pertandingan teater dilaksanakan setelah enam tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang.

Selain itu, fiesta teater ini bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Teater Senandika kepada masyarakat luar kampus, mewujudkan jaringan antara Kumpulan Teater Senandika dan kumpulan-kumpulan teater lain di negeri Pahang, dan sebagai persediaan untuk penyertaan ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada Jun 2009 dan Festival Teater MAKUM pada Disember 2009.

Dalam ucapan perasmian penutup, Yang Hormat Dato' Naib Canselor menegaskan kepentingan kreativiti sebagai pengamalan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang dan seni teater sebagai platform terbaik untuk menzahirkan kreativiti tersebut. Beliau dan isteri turut memberi sokongan kepada Kumpulan Teater Senandika untuk terus mementaskan teater dan menghasilkan karya pada masa yang akan datang.

Edisi pertama Fiesta Teater Senandika buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Senandika dengan Farani Mustafa mengungguli pengarah terbaik dan teater Ubat menerima Anugerah Khas Juri.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Senandika.

Anugerah Senandika

Anugerah Kirana


Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi

Anugerah Sukmasari

Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khalilurrahman Azizan, Tambat Kaki

Anugerah Seri Sukmasari

Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi

Kumpulan Teater Senandika turut memberi penghargaan kepada individu yang banyak membantu perkembangan dan kejayaan Kumpulan Teater Senandika dengan menganugerahkan Anugerah Aprisiasi Senandika kepada Encik Mohd Zaki Ahmad, Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang.

Panel juri yang dilantik khas oleh jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Encik Said Saiful Fazli mencadangkan untuk edisi yang akan datang, Fiesta Teater Senandika dijenamakan kepada Fiesta Teater UMP supaya lebih banyak penyertaan daripada siswa dan siswi Universiti Malaysia Pahang. Turut mengadili fiesta kali ini ialah Encik Raja Azrul Asyadi, Encik Azril Nizam, Encik Azwan Ismail, Encik Mohd Firdaus Naqiuddin, Cik Nuraini Mansor dan Cik Zanida Zamani daripada Kerabat Alumni Senandika.

Semoga penganjuran fiesta teater yang akan datang akan lebih meriah dan mendapat sokongan ramai. Kumpulan Teater Senandika mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan secara langsung atau tidak langsung Fiesta Teater Senandika. Jumpa lagi dalam edisi yang akan datang.

Anugerah Senandika

Anugerah Senandika

Anugerah Kirana


Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi

Anugerah Sukmasari

Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Tambat Kaki

Anugerah Seri Sukmasari

Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi

Anugerah Aprisiasi Senandika

Encik Mohd Zaki Ahmad

Fiesta Teater Senandika

Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Unit Budaya & Seni Kreatif
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Fiesta Teater Senandika

Kumpulan Teater Senandika akan mementaskan empat teater bersempena dengan Fiesta Teater Senandika. Anda dijemput untuk menyaksikan pementasan teater tersebut. Butiran adalah seperti berikut.

Tarikh:
4 dan 5 April 2009

Masa:
3.00 petang (4 April 2009), 8.30 malam (4 dan 5 April 2009)

Tempat:
Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
(bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia)

Pakaian:
Bebas dan sopan

Bayaran:
Percuma

Teater yang akan dipentaskan adalah seperti di bawah:

4 April 2009

3.00 petang
























Ubat | Karya: Azlan Umar | Arahan: Azlan Umar

8.30 malam
























Teruk | Karya: Zahiril Adzim | Arahan: Fakhrul Shahidan
























Tambat Kaki | Karya: Khairil Ridzuan Saharudin | Arahan: Nurul Afiqah

5 April 2009

8.30 malam

Majlis Perasmian Fiesta Teater Senandika oleh Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.
























Kerusi | Karya: Hatta Azad Khan | Arahan: Farani Mustafa

Peringatan:
Pintu panggung akan dibuka 45 minit sebelum pementasan. Sila hadir seawal mungkin untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk memandangkan bilangan tempat duduk di Auditorium adalah terhad.

Sebarang masalah, sila berhubung dengan saya. Pihak kami menyediakan bas bagi pergerakkan ke Taman Budaya pada 4 & 5 April 2009, 10.00 pagi dan 7.00 malam.

"Teater... Memanusiakan Manusia"

"Senandika... Sweet Sangat!"

MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Universiti Malaysia Pahang
skype: sengal ubi
telefon: 0132002018
http://www.teatersenandika.blogspot.com

Meletup!












Hahaha! Tak tahulah kalau ada yang masih guna dialog menyeru nama Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang dan sebagainya.

Tapi statement dalam tulisan ini memang meletup! Klik di sini.

"...turut dimeriahkan dengan penyertaan Kumpulan Teater Senandika, Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP..."


Dimeriahkan katanya. Mak Ngah suka!

p/s: Aku bayangkan Syidek yang baca dialog di atas. Serius Mak Ngah meletup!

"Rasulullah: Kami Umatmu"


















Alhamdulillah. Selesai akhirnya Malam Penghayatan Maulidur Rasul Universiti Malaysia Pahang 2009. Senandika bersama Imtiyaz telah dijemput mewakili Kelab Kebudayaan & Kesenian untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Dan sekali lagi, Alhamdulillah, semuanya berjaya.

Mempertaruhkan monodrama "Rasululah: Kami Umatmu", mungkin tajuknya agak klise. Mulanya ingin sekali saya menamakan naskah tersebut "25: Dia Yang Terakhir" namun saya berpendapat tajuknya kurang sekepala dengan pihak pengajur dari Pusat Islam dan Sahabat Masjid.

Rata-rata memberi komentar positif mengenai monodrama tersebut, ada juga yang menangis. Alhamdulillah, jika lakonan saya sampai dan penonton dapat membezakan dua watak yang saya bawa, saya kira monodrama tersebut berjaya. Mendengar pujian dari Ustaz Zuridan, Pengarah Pusat Islam tentang hatinya yang tersentuh melihat lakonan saya membuatkan saya sedikit gembira.

Sejujurnya saya masih merasakan lakonan saya kurang berkesan, kerana emosi menangis saya tidak sampai, hingga saya benar-benar boleh menangis. Walau saya berjaya menangis sewaktu membaca skrip, emosi itu tidak datang pada malam pementasan. Walhal saya sedikit pun tidak gementar berada di hadapan audiens yang ramai, mungkin Astaka telah menjadi tempat permainan saya sejak tahun pertama.

Namun, perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam lakonan sebenarnya ialah profil. Profil sebenarnya sangat membantu pelakon untuk menghayati watak. Pergerakkan pelakon di atas pentas adalah bersebab dan membantu memahamkan cerita tersebut. Dalam monodrama tadi, saya kurang selesa dengan profil yang saya sendiri rancangkan, menjadikan saya mengulang profil yang sama berulang kali.

Perlu untuk seorang pelakon itu menguasai pentas dan audiensnya, dan saya merasa masih terlalu banyak kelemahan saya dalam lakonan. Bagaimanapun, selaku pengarah, penulis skrip dan pelakon monodrama "Rasulullah: Kami Umatmu", saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghargai lakonan saya, mereka yang memberi komentar kepada lakonan saya dan kerabat Senandika yang hadir memberi sokongan kepada saya, dan penolong saya atas kredibilitinya menjadi jururias saya.

Terima kasih saya ucapkan dan InsyaAllah, akan lebih banyak lagi persembahan monodrama dari Kumpulan Teater Senandika akan kami pentaskan kepada anda.

[SENANDIKA]: Ujibakat Sempena Festival Teater Malaysia

Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Unit Budaya & Seni Kreatif
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Sesi Ujibakat Terbuka Sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri

Sukacita dimaklumkan Kumpulan Teater Senandika akan mewujudkan satu produksi bagi mewakili universiti ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang.

Untuk merealisasikan tujuan di atas, satu sesi ujibakat terbuka akan diadakan mengikut ketetapan di bawah kepada semua warga universiti yang berminat untuk melibatkan diri dalam seni teater. Kami mencari mereka yang berminat dan sanggup memberikan komitmen kepada produksi. Bakat dan kepakaran adalah perkara kedua yang diamati.

Berikut adalah butiran mengenai sesi ujibakat tersebut.

Tarikh : 20 Mac 2009
Masa : 9.00 malam hingga 12.00 malam
Tempat : Royal Box, Aras 1, Kompleks Sukan Universiti
Pakaian : Bebas dan sopan


-bawa bersama sebatang pen untuk mengisi borang pendaftaran di pintu masuk Royal Box

Berikut adalah butiran mengenai produksi yang ingin diwujudkan. Produksi ini adalah secara umum dan boleh dipinda pada bila-bila masa jika difikirkan perlu.

-Pengurus Produksi
-Pengarah
-Pengurus Pentas
-Penolong Pengurus Pentas
-Pelakon (Lelaki dan wanita)

-Pengarah Artistik
-Krew Set, Props dan Hiasan
-Krew Teknikal (Pengcahayaan, Bunyi dan Kesan Khas)
-Krew Muzik dan Suara Latar
-Krew Busana dan Tatarias
-Krew Publisiti


Petikan skrip untuk kegunaan ujibakat boleh didapati melalui blog Senandika. Juga disertakan juga keterangan tugasan bagi setiap krew produksi di blog Senandika.

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan atau kemusykilan, boleh diajukan kepada saya melalui memo atau Skype.

Ayuh, bersama kita memperkasakan nama universiti di negeri Pahang. Kerana teater itu yang memanusiakan manusia.

MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Universiti Malaysia Pahang
skype: sengal ubi
telefon: 0132002018

http://www.teatersenandika.blogspot.com

Serabut Kepala Otak... Hahaha!

Maaf lama tak kemaskini blog. Pengemaskini semua sibuk agaknya mengarang skrip untuk DEKON 2009. Hahaha!

Saya cuma nak maklumkan untuk kerabat, kita menghadapi tahun yang amat sibuk walaupun hakikatnya kita tidak menyembahkan apa-apa. Untuk membuka mata anda yang sepet itu, saya senaraikan jemputan persembahan untuk tafsiran anda sendiri, apa yang perlu anda lakukan.

Selamat mentafsir dan selamat membuat kerja.

1. Jemputan persembahan dari universiti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah.

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Astaka

2. Jemputan persembahan dari Majlis Perwakilan Pelajar

Tarikh : Mac 2009
Tempat : WDKU

3. Ujibakat Krew Produksi Teater Negeri Pahang

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Akan diberitahu kemudian

4. Sebulan Bersama Senandika: Persembahan Teater Mingguan

Tarikh : 28 Mac & 4 April
Tempat : Taman Budaya Negeri Pahang

5. Jemputan persembahan teater bahasa Inggeris dari Majlis Perwakilan Pelajar

Tarikh : Ogos 2009
Tempat : UMP

6. Konsert Amal Palestin

Tarikh : 12 April 2009
Tempat : Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang

Saya akan memberi tugasan mengejut pada bila-bila masa, harapnya bersedia. Mari buangkan sifat malas dan mulakan bekerja. Hahaha!

p/s: Bau angin bayu dari negeri di bawah bayu ini malam. Hahaha!

Semarak Bangsawan 2009: Bangsawan Puteri Sakdung




















Program Semarak Bangsawan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dimulai dengan pementasan Bangsawan Puteri Sakdung yang dijayakan oleh Kelab Bangsawan Warisan Budiman, UPSI.

Teater Puteri Sakdung mengisahkan pengorbanan seorang wanita berparas cantik, Puteri Sakdung dalam mempertahankan negeri yang dinaungi bondanya, Cik Siti Wan Kembang dan telah membuktikan kesetiaan cintanya kepada suami, Raja Abdullah.

Semua kerabat Senandika dan juga jurulatih, Epul telah bersama-sama menyaksikan teater ini pada hari sabtu, 14 February 2009, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kami berangkat dari UMP pada jam 10.30 pagi. Usai sahaja sampai di Kuala Lumpur, kami disambut oleh kerabat ALUMNI, abg peedot dan azril. Kemudian, kami bersiar-siar dahulu di Suria KLCC sementara menunggu pementasan bermula tepat jam 8.45 malam.

Pemantasan berakhir agak lewat membuatkan kami tidak sempat untuk menemubual krew produksi Kelab Bangsawan Warisan Budiman untuk bertanyakan mengenai disebalik tabir pembikinan Bangsawan Puteri Sakdung. Kami bergerak pulang ke UMP pada jam 12.05 pagi.

Secara keseluruhannya, teater bangsawan Puteri Sakdung ini memberi telah memberi kami sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berguna sebagai persediaan untuk pementasan yang bakal kami pentaskan.

"memanusiakan manusia melalui teater"

Bukan Cinta Biasa

Malam ni, pelajar Kolej Shahputra, Kuantan akan pentaskan teater Bukan Cinta Biasa dekat Taman Budaya Pahang. Aku dah tanya pasal bas tapi bas tak dapat disediakan. Jadi aku cadang nak ajak semua pergi tapi kena gerak sendiri. Korang tanya kawan-kawan yang buat sewa kereta, ada kosong terus tempah untuk guna malam ni. Agak-agak pementasan tu habis dalam pukul 11.00 malam.

Pada masa yang sama jugak aku nak korang belajar pasal teater, dalam terma pengarahan, lakonan, set, teknikal, busana dan muzik. InsyaAllah ada orang yang berpengalaman luas dalam teater nak duduk sembang dengan kita semua. Jarang kita dapat peluang macam ni, jadi aku tak nak korang lepaskan.

Berbalik kepada sewa kereta tadi, nanti maklumkan dekat aku berapa banyak kereta yang korang boleh sewa. Siapa yang boleh pergi tolong mesej aku. Aku nak gerak dalam pukul 6.30 petang, kita solat Maghrib dalam perjalanan dan terus gerak ke Taman Budaya. Esok susah nak dapat tempat, kena la awal sikit.

Apa-apa bagi tau aku boleh? Maaf bagi entri tak menjaga bahasa macam ni, dah habis nanti aku hapuskan. Sekurang-kurangnya aku masih berbahasa Melayu.

Amir.

Rumput Jadi Saksi

Di padang bola sewaktu rehat kelas teori, kapten pasukan yang sedang duduk di bangku sambil termenung, didatangi pengurus pasukan.

Pengurus:
A... Macam mana prestasi budak-budak kita?

Kapten:
Susah nak cakap Tuan Z. Memang mereka bersungguh belajar main bola, tapi belum lagi turun padang. Saya nak mereka "warm up" dulu. Tengok mereka kurang tangkas. (Bangun menendang bola jauh ke hujung padang, kemudian duduk kembali)

Pengurus:
Kan saya dah dapatkan jurulatih untuk awak?

Kapten:
Memang ada jurulatih tuan. Mungkin saya yang manjakan mereka sangat. Tu mungkin penyebab mereka kurang tangkas. Saya pun bingung tuan. (Mengeluh)

Pengurus:
A... (Sambil memandang rumput) Sebelum awak jadi kapten, saya ada empat kapten. Dulu rumput dekat padang ni panjang, kita tiada mesin nak potong. Kapten saya yang empat dulu dengan anak-anak buah mereka yang cantas rumput jadi pendek, biar selesa awak dengan anak-anak buah awak bermain. (Pengurus menendang bola ke arah tiang gol, kemudian duduk di bangku bersama kapten pasukan) Dulu kapten saya yang empat dan anak buah mereka, bermain dekat padang tak selesa, berdarah tapak kaki pijak batu, tercalar betis tertoreh duri, mereka tetap main dengan hebat.

Kapten:
Saya tahu tuan. Saya pun pernah main bersama mereka dulu.

Pengurus:
Semuanya bergantung dekat awak Saya bagi awak kebebasan ubah formasi, saya bagi awak kelonggaran main dekat padang baru. Bagilah saya aksi yang terhebat dari pasukan awak bila bermain. Kalau boleh, bermain disorak penonton setiap minggu. Kalau awak terus belajar, tapi tak mahu turun padang, berapa tahun belajar sekalipun, awak tak mungkin jadi hebat.

Kapten:
Saya faham maksud tuan. Lepas ni pun dalam bulan Mac mereka ada perlawanan persahabatan mingguan selama sebulan, bulan Mei saya akan hantar empat pemain terbaik saya berlawan di Sabah, bulan Jun kami akan berentap di peringkat negeri, bulan Disember kami akan bertarung dengan pasukan setaraf kami. Tapi...

Pengurus:
Tak perlu bertapi itu ini... A... Awak ketua, kena tunjukkan kepimpinan awak. Awak yang menentukan hala tuju pasukan. Apa saja kehendak jurulatih yang awak kurang berkenan, awak nafikan. Itu kuasa yang saya beri dekat awak. Saya lepaskan awak bermain dalam acuan awak sendiri, bukan acuan yang orang lain.

Kapten:
(Memandang pengurus pasukan penuh pengertian) Baik tuan. Saya tahu apa yang patut saya buat.

Pengurus pasukan bangun, memberi senyuman kepada kapten pasukan, berjabat tangan lalu meninggalkan padang. Kapten pasukan kemudian memanggil anak-anak buah dan bersedia mengatur stratergi untuk kesemuanya hari ini turun padang.

Utusan Buat Kerabat Alumni

Senandika dengan berbesar hati menjemput mana-mana kerabat alumni yang berminat mewujudkan produksi dan mementaskan teater di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Usaha ini adalah suatu usaha untuk memperkenalkan Senandika kepada masyarakat luar kampus di samping meneruskan budaya berteater bagi kerabat yang sudah bergraduasi.

Kerabat alumni yang berminat bolehlah meninggalkan butiran untuk saya hubungi bagi tujuan jemputan, surat-menyurat dan lain-lain perkara yang memerlukan perbincangan. Dengan izin Tuhan, Alumni Senandika akan dilancarkan dalam masa terdekat dan mohon alumni mengirimkan maklumat kepada saya untuk tujuan pendaftaran.

Balasan dari kerabat alumni saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Amir.

2somes Theatre Festival

Title : 2somes Theatre Festival
Venue : KLPac - Pentas 2
Sentul Park, Jalan Strachan (off Jalan Ipoh)
Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan

URL :
http://www.klpac.com
Date & Time : Thu 26 Feb - Sun 8 Mar 2009
Tickets : RM25/ RM15 (students, senior citizens & the differently-abled).
Buy 2 shows at RM35/ RM20 (students, senior citizens & the differently-abled).
Buy 3 shows at RM45/ RM25 (students, senior citizens & the differently-abled).
Note: only applicable if purchase for multiple shows is made in a single transaction.
Ticket Contact : KLPac: 03-4047 9000
URL : http://www.klpac.com
Synopsis :

Three plays. Two characters each. A relationship that makes each of the 2somes inseparable.


The Secret Love Life of Ophelia (Eng)

Hamlet and Ophelia express the infinite variety of their passion for each other in a work which takes the form of letters in verse.

Renowned British playwright, Steven Berkoff's play charts the lovers' story beneath the surface of Shakespeare's Hamlet. With a muscularity of language tempered with tenderness, Berkoff's play is shot through with images of courtly love, sexual desire and intimations of future tragedy.

Directed by Christopher Ling, Written by Steven Berkoff and featuring Alfred Loh and Sharon Lam.

~
A Life in the Theatre
(Eng)

Two actors, one a veteran and the other a novice, go through an entire wardrobe and a cycle of onstage and off-stage roles.

In a series of short, spare, and increasingly raw exchanges, A Life in the Theatre showcases the estrangement of youth from age and the wider, inevitable, endlessly cyclical rhythm of the world.

Directed and designed by Abdul Qahar Aqilah, and written by David Mamet.

~
The Bench (Cantonese – with English subtitles)

A married man keeps lusting to fulfill his desires. A married woman hungers for true love. The man entices her to have a one-night stand with him. But doubts abound on both sides.

So, will this lead to an exciting affair for the both of them? Or will this be desperation for love? What will society think and will there ever be sexual equality?

Performed in Cantonese, The Bench explores the subtleties of black comedy in the guise of an adult relationship.

Featuring Tan Eng Heng and Ling Tang. Directed and designed by Kimmy Kiew, written by Alexander Gelman and adapted here by Kimmy Kiew, based on the translation by Kwok Jia Shen from the original Russian text.

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template