Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Perutusan Kerabat Senandika

Jumaat lepas, rasmilah saya sebagai Ketua Kumpulan Teater Senandika yang baharu. Mengikut salasilah keketuaan Senandika, saya adalah yang kelima selepas Kak Hazimah, Abang Raja Azrul, Kak Yunika Kirana dan Azlan Umar. Dan kini mulalah legasi seorang Amiruddin Fadzli.

Jujurnya memacu Senandika bukanlah perkara yang mudah, maka sokongan anda amat saya harapkan. Senandika hanyalah pada nama tanpa anda dan kekuatan Senandika selama ini bergantung pada hubungan akrab kerabatnya. Buat mereka yang masih bertatih, janganlah silu untuk berkongsi masalah bersama saya. Jika anda tiada tempat mengadu, maka jadikan Senandika sebagai keluarga kedua anda dan ruang anda menghapus lara.

Ingatan buat semua kerabat Senandika, kita adalah sebuah keluarga yang berkongsi suka dan duka bersama. Ada kala ketika keadaan menjadi tegang, kita menjadikannya tenang. Ada ketika kala keadaan menjadi suram, kita menjadikannya senang. Itulah Senandika pada pendefinisian kita bersama.

Terima kasih kepada Azlan Umar dan ketua yang terdahulu kerana berperah keringat membangunkan Senandika. InsyaAllah, perjuangan ini akan terus tersambung, selagi kaki masih berpijak pada tanah.

Takkan mahu Senandika berpecah, takkan mungkin Senandika berpaling arah.

Selamat Hari Raya

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template