Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

persediaan MAKUM 2010.

Mula: 10 Mei 2010
Bengkel: 11 dan 12 Mei 2010
Tempat Latihan: Ruang Legar Blok W, Studio Tari
Masa Latihan: Setiap Masa
Hari Pertandingan: 1-6 Jun 2010, Universiti Malaya

Ahli produksi diminta untuk mengambil serius tentang hal ini. Kita cuma ada 2 minggu lebih sahaja untuk persediaan ke MAKUM.

*cheewaah..serius giler ayat..hehehe..tak ade pape cuma nak mengingatkan sahaja.

Kita cuma ada masa yang singkat untuk membuat persediaan jadi semua ahli hendaklah menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Memandangkan minggu persediaan adalah masa short sem, jadi pandai - pandailah bahagikan masa dan tugas masing - masing.

Biasakan diri anda untuk berproduksi dalam masa yang singkat dan bekerja di bawah tekanan. SELAMAT berMAKUM..!!!!!

Kerja Amal Senandika.

Assalamualaikum.

Kuantan, 28 Disember 2009: Senandika tahun 2010 kali ini akan lebih mendekatkan diri kepada rakyat. Dengan kerja - kerja amal yang akan dilaksanakan, pastinya hubungan antara ahli Senandika dan warga Malaysia akan menjadi lebih erat.

Hahaha..betul2 propa. Tak adalah. 2 minggu lepas, Senandika dan ahli - ahli tersayang telah buat satu kerja amal yang sangat best iaitu mengecat taska yang dipunyai oleh kakak kepada Zubaidah aka Bed. Hehehe. Best sangat dan enjoy. Kami bertolak dari UMP pukul 9 pagi dan pulang pada jam 6 petang. Even tak siap lagi kerja tapi kena balik jugak sebab uncle bas suruh balik.

Sebab tu lah ada Kerja Amal Part 2 yang akan berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu ini, 2 January 2010, pada jam 8 pagi sampai kerja siap. Hehehe.

Jadi, kepada semua warga Senandika yang wujud di UMP pada hari sabtu ini, anda digalakkan hadir, oh, tidak, anda diwajibkan hadir ke kerja amal tersebut. Sebarang pertanyaan, klik sini.


lukisan yang kami dah lukis. ada lagi gambar. nanti akan diupload dari semasa ke semasa. hehe.

Sekian, terima kasih.

BBQ anyone?


Batu Hitam

Since the finals is due in a couple of weeks, why don't we let loose and have some fun on the beach? I was thinking Batu Hitam or Balok or Cherating. Of course, its during the study week. Something simple and enjoyable. What say you?

Senandika Raya 2009.


Kegembiraan yang tak mampu diucapkan dengan kata - kata.. hehehe..SELAMAT HARI RAYA!!!..

*ihsan gambar: album facebook epol..

Teater Orang Kasar

Satu teater berjudul 'Orang Kasar' akan dipentaskan di Taman Budaya Negeri Pahang oleh Kelab Teater Pujangga pada 18 April 2009, Sabtu, pukul 8.30 malam. Tiada perkhidmatan bas disediakan tetapi kerabat yang berminat untuk pergi menonton, boleh pergi seawal 7.30 petang bersama-sama. Sesiapa yang tidak ada 'paper' hari Isnin atau merasa bosan duduk di bilik, boleh 'join' kami untuk kesana. Siapa nak ikut, angkat tangan!

Semarak Bangsawan 2009: Bangsawan Puteri Sakdung




















Program Semarak Bangsawan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dimulai dengan pementasan Bangsawan Puteri Sakdung yang dijayakan oleh Kelab Bangsawan Warisan Budiman, UPSI.

Teater Puteri Sakdung mengisahkan pengorbanan seorang wanita berparas cantik, Puteri Sakdung dalam mempertahankan negeri yang dinaungi bondanya, Cik Siti Wan Kembang dan telah membuktikan kesetiaan cintanya kepada suami, Raja Abdullah.

Semua kerabat Senandika dan juga jurulatih, Epul telah bersama-sama menyaksikan teater ini pada hari sabtu, 14 February 2009, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kami berangkat dari UMP pada jam 10.30 pagi. Usai sahaja sampai di Kuala Lumpur, kami disambut oleh kerabat ALUMNI, abg peedot dan azril. Kemudian, kami bersiar-siar dahulu di Suria KLCC sementara menunggu pementasan bermula tepat jam 8.45 malam.

Pemantasan berakhir agak lewat membuatkan kami tidak sempat untuk menemubual krew produksi Kelab Bangsawan Warisan Budiman untuk bertanyakan mengenai disebalik tabir pembikinan Bangsawan Puteri Sakdung. Kami bergerak pulang ke UMP pada jam 12.05 pagi.

Secara keseluruhannya, teater bangsawan Puteri Sakdung ini memberi telah memberi kami sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berguna sebagai persediaan untuk pementasan yang bakal kami pentaskan.

"memanusiakan manusia melalui teater"

Perkembangan Terkini Senandika

Tidak terlalu awal rasanya untuk Senandika mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya kini sudah ramai yang telah pulang ke kampung halaman. Selamat bergembira di samping keluarga kami ucapkan.

Ramai juga yang bertanya, apa perkembangan terbaru Senandika buat masa ini?

InsyaAllah, kami telahpun merancangkan beberapa perkara untuk kumpulan dan juga ahli. Ada beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan. Sekiranya telah dipersetujui dan dicapai kata putus, akan kami khabarkan kepada warga Senandika sekaliannya.

1. Festival Teater MAKUM 2008

Festival Teater MAKUM 2008 dirancangkan bakal diadakan pada Januari 2009. Tarikh dan tempat belum lagi kamu terima pengesahannya. Namun seperti kebiasaannya, latihan dan persiapan untuk ke MAKUM akan diadakan sepanjang cuti semester yang akan datang. Mohon semua warga Senandika peka tentang perkara tersebut.

Uji bakat lakonan (casting) akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Tarikh, tempat dan masa akan diwawarkan kemudian kepada semua warga Senandika dan universiti melalui memo. Minta semua warga Senandika mengambil tahu akan perkara tersebut dan mewawarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertai Festival Teater MAKUM 2008. Sebarang pertanyaan mengenai MAKUM 2008, bolehlah merujuk terus kepada Farani Mustafa.

2. Panel Skrip Senandika

Panel Skrip Senandika telahpun diaktifkan dan disenarai pendekkan ahlinya. Untuk tugasan pertama, mereka akan mencari naskah-naskah drama pentas untuk dijadikan rujukan dan koleksi drama pentas Senandika. Terbaru, Panel Skrip Senandika sedang mencari naskah drama pentas untuk pementasan di Taman Budaya Pahang, Kuantan pada bulan hadapan.

Panel Skrip Senandika buat masa ini sedang menyiapkan naskah teater muzikal kemerdekaan yang diadakan secara kolaborasi bersama Pejabat Naib Canselor universiti. Mereka juga sedang menelaah buku panduan penulisan kreatif dari Faisal Tehrani berjudul "Karya Nan Indah" untuk membantu penghasilan skrip tersebut. Jika tiada aral melintang, naskah tersebut dijangkakan siap pada cuti semester nanti dan akan dipentaskan kepada warga universiti di Kompleks Sukan, seperti yang dibincangkan bersama Pegawai Khas Naib Canselor universiti.

Jika anda mempunyai mana-mana naskah drama pentas, mohon diberikan kepada Panel Skrip Senandika. Sebarang informasi berkaitan dengan Panel Skrip Senandika, bolehlah bertanya kepada Mohd Amiruddin Fadzli.

3. Pementasan di Taman Budaya Pahang

Buat masa ini, Senandika masih lagi dalam proses untuk meneliti naskah drama pentas yang hendak dibawa. InsyaAllah jika tiada aral melintang, pementasan tersebut akan diadakan pada Oktober 2008 di Taman Budaya Pahang, Kuantan. Pementasan ini adalah hasil usaha sama Kumpulan Teater Senandika dan Majlis Teater Pahang yang kini menaungi Kumpulan Teater Senandika. Ini merupakan pementasan teater kedua Senandika selepas Misi selain pementasan untuk MAKUM.

Perkembangan mengenai pementasan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

4. Senandika Raya 2008

Senandika Raya kembali lagi! Kali ini, kita akan tampil dengan konsep "zero budget". Walaupun kurang dari segi kewangan, kita akan bersama meriahkannya. Jangan lupa membawa pulang kuih-kuih dan juadah-juadah Raya dari rumah selepas naik cuti Raya nanti!

Maklumat lanjut mengenai Senandika Raya akan kami khabarkan kelak.

Itu sahaja maklumat terkini mengenai Kumpulan Teater Senandika. Selamat Hari Raya semua!

Hang Out Ramadhan


Jumaat, 12 September 2008.

Kumpulan Teater Senandika telah mengadakan Hang Out Ramadhan yang pertama kali untuk semester ini. Lebih menarik, penyertaan daripada ahli-ahli baru dan Senandika dan gabungan ahli-ahli lama menjadkan hang out kali ini istimewa dari sebelumnya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Hang Out Ramadhan tersebut, sila klik pada pautan link ahli-ahli Senandika yang berikut.

1) Afiqah Rahim: Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3
2) Ruzzaida Kamaruldzaman: Siri 1, Siri 2
3) Syafiq Adnan: Overnite Bersama Senandika

Membaca cerita di blog peribadi ahli-ahli Senandika yang menyertai lebih seronok kerana penulisan mereka rata-rata mendahulukan keriangan dan kegembiraan yang dirasai semasa Hang Out Ramadhan tersebut.

Pengurusan Senandika merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Hang Out Ramadhan Senandika 2008. Kepada yang menyertai, terima kasih atas sokongan anda. InsyaAllah, hang out yang seterusnya akan diadakan di Hutan Lipur Bekelah, Kuantan mengikut tradisi kebiasaannya.

Senandika di Malam Sahutan Pewaris

Pada 30 Ogos 2008 yang lepas, Malam Sahutan Pewaris 2008 iaitu Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan 2008 peringkat UMP telah diadakan di Astaka, UMP. Seperti tahun-tahun yang lepas, Kumpulan Teater Senandika turut sama memeriahkan malam tersebut dengan mementaskan sebuah drama. Secara tradisinya, persembahan drama pada malam tersebut merupakan salah satu projek ahli-ahli baharu Senandika iaitu pelajar-pelajar tahun 1 dengan bantuan dan tunjuk ajar ahli-ahli senior yang lain. Di bawah arahan pengarah muda, saudara Mohd Taufiq, Kumpulan Teater Senandika telah mementaskan Drama Baju Emas Sang Maharaja karya Dato' Johan Jaafar.



Sinopsis Baju Emas Sang Maharaja

Baju Emas Sang Maharaja menceritakan mengenai seorang nelayan tua dan anak lelakinya yang mencari rezeki dengan hanya menangkap ikan. Hidup umpama kais pagi makan pagi, tetapi hsil yang diperoleh tidak seberapa. Keluhan demi keluhan memaksa sang anak untuk mencari pekerjaan yang lain.

Ditakdirkan mereka bertemu dengan seorang pertapa yang sanggup membantu mengubah hidupan mereka. Baju emas yang dijaga bertahun-tahun oleh pertapa dan makhluk halus adalah amanat daripada Sang Maharaja.

Berkat Baju Emas Sang Maharaja, hajat si anak ditunaikan menjadi seorang raja. Sang anak lupa akan syarat memakai baju emas itu. Keangkuhan dan kezaliman menjadi kiblat pemerintahannya. Tunjang keimanan dan budi pekerti mulia diabaikannya.

Sang anak terus hanyut dalam khayalan hingga tidak lagi mengenali ayah sendiri. Bosan mendengar si ayah yang mengaku ayah kepadanya, lalu dia mengangkat tangan untuk memukul ayahnya dengan sebatang kayu. Namun, deik-detik tragis itu terhenti apabila tangan anaknya menjadi kaku.

Akhirnya, Baju Emas Sang Maharaja dirampas semula oleh pertapa dan makhluk-makhluk halus yang menjaganya. Penyesalan demi penyesalan menerpa di hati si anak, namun segalanya telah berakhir. Tragedi menarik itu rupa-rupanya hanyalah satu mimpi si anak setelah tertidur sekian lama.


Skrip asal Baju Emas Sang Maharaja telah diolah untuk disesuaikan dengan pementasan di Astaka UMP. Watak si ayah juga ditukar kepada watak si ibu atas kekangan-kekangan yang tertentu. Walaubagaimanapun, Kumpulan Teater Senandika telah berjaya mempersembahkan sebuah drama yang menarik sebagai pengisian malam penuh gemilang itu. Tahniah diucapkan kepada seluruh kerabat produksi Drama Baju Emas Sang Maharaja.

Hang Out Ramadhan Senandika

Seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui pada perjumpaan Senandika yang lepas, satu hang out akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua ahli Senandika terutamanya dengan adik-adik junior yang baharu. Maklumat hang out yang akan dijalankan adalah seperti berikut.

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 September 2008
Jam : 5.30 petang - 5.30 pagi
Bayaran : RM25.00 (Makan + Kereta Sewa)
Agenda : Bertolak ke Bazar Ramadhan - Solat Maghrib Berjemaah - Makan Malam di Tanjung Lumpur - Solat Isya' Berjemaah - Bermalam di Pantai Teluk Chempedak - Sahur - Pulang Ke UMP

Senarai Nama Jawatankuasa Hang Out Ramadhan Senandika

Pengarah Program
Mohd Syafiq Bin Bachok

Bendahari
Nurul Afiqah Binti Abd Rahim

JK Makanan
Muhamad Firdaus Bin Abdul Wahab

JK Pengangkutan
Muhamad Syafiq Bin Kadiran
Ainihayati Bt Ismail

JK Aktiviti
Norazreen Binti Samsuri
Hajar

Semua ahli Senandika digalakkan untuk menyertai hang out pada kali ini. Kaunter bayaran akan dibuka pada hari Rabu, 10 September 2008 bermula jam 10.00 malam di Kafe (Payung Putih). Bayaran juga boleh dijelaskan terus kepada saudari Afiqah.

Ayuh, sama-sama kita meriahkan hang out kali ini!

Pusaka Sari di Malam Inspirasi Seni '08

Pusaka Sari merupakan sebuah naskah teater hasil nukilan panel skrip Kumpulan Teater Senandika. Naskah ini yang pada asalnya diilhamkan bersempena festival teater MAKUM, telah menjadi titik tolak yang merubah kebanyakan ahli kumpulan teater senandika.

Namun begitu, hari ini tidaklah saya mahu bercerita mengenai MAKUM. Sekadar mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu persembahan Pusaka Sari untuk Malam Inspirasi Seni 2008 (Credits to Gepeng!).

Saudari Sazila sebagai Inang Bayu.


Berselindung dibalik rupanya yang menawan dan tutur kata manis, tersembunyi seorang wanita yang sanggup membunuh hanya kerana cintanya terawang-awangan tak bersambut si pemain bonang. Licik dan kejam, namun akhirnya merana terkena tulah dan bala.

Saudara Peedot sebagai Megat Aduka.

Sang Laksamana yang tewas di tangan seorang perempuan. Disebalik kegagahan dan karismanya, keegoannya telah meletakkan dirinya setahap dengan binatang-binatang buas yang kurang berakal tingkahnya.

Saudara Kay sebagai Arjuna dan Saudari Fazirah sebagai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.

Si pemain bonang instana dan sang puteri pewaris singgahsana. Pasangan yang dirundum bencana dek hasad dan dengki, mati ditangan si pengkhianat yang keji. Namun, mereka berjanji setia sehidup semati bila saja paluan bonang bergema lagi.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang ingin dicerekakan pada kali ini. Sepanjang perjalanan kumpulan senandika, pusaka sari telah banyak mencorakkan apa yang kami kecapi sekarang. Walaupun ada pergeseran, walaupun berlaku tikaman, namun tetap senandika bersama, bergerak diatas paksi seni dengan desakan minat sendiri.

Oleh Farani Mustafa

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template