Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Panel Skrip Senandika sedang mencari mereka yang berbakat dalam menggubah muzik untuk projek penulisan skrip teater muzikal yang sedang dibangunkan.
Mereka yang mempunyai kebolehan mencipta lagu dan menulis lirik dialu-alukan untuk memohon. Penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Pahang. Penulisan skrip ini akan dikendalikan sendiri oleh Panel Skrip Senandika.
Permohonan boleh diajukan kepada saya dengan membalas memo ini atau menghubungi saya di talian 013-2002018.
Semoga dengan penyertaan anda dapat merealisasikan hasrat untuk mementaskan teater muzikal pertama kendalian Krew Produksi Senandika di Universiti Malaysia Pahang.
"Senandika... Sweet Sangat"
MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Panel Skrip Senandika
Kumpulan Teater Senandika
Universiti Malaysia Pahang
Well guys, i think we need something new in our blog. Its getting a bit dusty and all. So how about it? Any ideas?
Masuk kali ini adalah kali ketiga saya mempromosikan teater luar untuk ditontoni oleh kerabat Senandika. Tidak sabar rasanya mahu mempromosi hasil produksi kerabat Senandika untuk ditontoni masyarakat luar.
Teater Bangsawan Batu Belah Batu Bertangkup akan dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 November 2008. Masuk adalah percuma. Surat jemputan akan diusahakan (kerana terlalu mengikut birokrasi universiti).
Terima kasih kepada Fakhrul Shahidan atas perkhabaran.
Terkini! (pukul 12.00 tengahari, waktu Kuala Lumpur)
Saya baru menelefon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan dengan teater tersebut. Surat jemputan akan dihantar melalui faks kepada Unit Budaya & Seni Kreatif hari ini! (saya kurang pasti berapa tarikh hari ini, almaklumlah sudah mula bercuti). Berkemungkinan akan dijemput pada 14 atau 15 November 2008 mengikut kekosongan. Mohon kerabat Senandika jangan pulang pada waktu tersebut dan ayuh kita bergembira buat kali terakhir bersama mereka yang bakal menjalani praktikal semester hadapan!
Di harap bersedia dari segi mental dan fizikal sebab bila start je produksi, masalah mmg bnyk akan timbul, nangis2 tu dah biasa dah ak tengok, naik angin, sepak terajang sume ada cukup lengkap! So, bersedialah sebab kerja ni memang memenatkan, wahahaha! >:D
~Berlian adalah hasil daripada karbon yang dikenakan tekanan yang tinggi~
Berikutan dengan sesi casting/ujibakat yang telah berlangsung tempoh hari, berikut disenaraikan nama-nama peserta yang terpilih bagi menyertai krew produksi teater makum kali ini.
1. AHMAD KHALIS HAFIZIE B MOHD TARMIZI
2. AINI HAYATI BT ISMAIL
3. AINUL NADHIRAH BT IZAHARUDDIN
4. CHE AMRI B CHE AZMI
5. MHD JUMAIN B MAPPLATI
6. MOHD AMIRUDDIN FADZLI B MOHAMAD ZAINI
7. MOHD AZLAN B UMAR
8. MOHD FAKHRUL SHAHIDAN B MD YUSOF
9. MOHD KHAIRUL RABANI B MOHD YUSOFF
10. MOHD KHIDIR BIN MASTEKI
11. MOHD SHAHYAZID B YASIR
12. MOHD SYAFIQ B BACHOK
13. MOHD TAUFIQ BIN KAMARLAZMI
14. MOHD ZULHILMI B ABDUL RAHIM
15. MUHAMAD FARANI BIN MUSTAFA
16. MUHAMAD SYAFIQ B KADIRAN
17. MUHAMMAD BADRUL HISYAM B MAHMOOD
18. MUHAMMAD FIRDAUS B ABD WAHAB
19. NORLEIYANA BT ZAINUDIN
20. NURUL AFIQAH BT ABDUL RAHIM
21. NURUL RAHIMAH BT RAHMAN
22. RAJA NOOR AZEAN RAJA DERAMAN
23. SITI KHAIRUNISA BT MOHD AMIR
24. SITI NUR AZWANI BT MD. ISMAIL
25. SITI ROSNANI BT SULIAMAN
26. SITI ZUBAIDAH BT MOHD NOOR
27. SYIDEK
28. UMMI IZNI BT MOHAMAD TARMIZI
29. YUSRIE BIN MOHD YAMIN
Kepada individu-individu yang disenaraikan, sila balas memo ini berserta nombor id, ic, dan juga nombor telefon. Sekiranya terdapat sebarang pembetulan, sila maklumkan bersama-sama memo tersebut.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Di harap penerimaan anda kedalam produksi kali ini dapat memperkasakan lagi persembahan pada tahun ini.
Kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami di pihak pengurusan menghargai usaha anda untuk sama-sama menyertai produksi kali ini. Diharap kembali mencuba di sesi-sesi yang seterusnya.
Sekiranya terdapat sebarang silap dan salah sepanjang sesi casting tempoh hari, kami di pihak pengurusan menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kekurangan.
~Memanusiakan manusia melalui teater~
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Untuk makluman semua warga UMP
Seperti yang sedia maklum melalui memo terdahulu, kami Kumpulan Teater Senandika akan mengadakan ujibakat untuk mencari warga UMP yang berminat untuk mewakili UMP ke Festival Teater MAKUM 2008 yang akan dianjurkan pada hujung tahun ini.
Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat anda dialu-alukan untuk hadir ke ujibakat tersebut. Berikut merupakan butiran ujibakat:
1)Isnin
TARIKH: 27 OKTOBER 2008
MASA : 10.00 PAGI - 11.00 MALAM
TEMPAT: UNIT SENI BUDAYA (BLOK B2-sebelah kiri banggunan CMLHS)
2)Selasa
TARIKH: 28 OKTOBER 2008
MASA : 8.00 MALAM -11.00 MALAM
TEMPAT: UNIT SENI BUDAYA
Antara bahagian yang boleh anda pilih mengikut kemahiran anda:
1)Pelakon
2)Bahagian pengurusan pentas
3)Bahagian set, props dan hiasan
4)Bahagian 'make up' dan pakaian
5)Bahagian teknikal pencahayaan dan efek khas
6)Bahagian publisiti dan kebajikan
Kami amat mengharapkan kedatangan anda semua ke ujibakat ini.
Jika dulu Kumpulan Teater SENANDIKA mampu mendapat tempat ke-7 dari 16 Universiti yang bertanding, siapa tahu dengan penglibatan anda kali ini akan membawa Kumpulan Teater SENANDIKA untuk mendapat ranking 'top three' dan sekaligus mengharumkan nama UMP di Festival Teater MAKUM 2008 nanti.
~SENIKAN CARAMU, BUDAYAKAN HIDUPMU~
Untuk makluman semua, Kumpulan Teater Senandika akan menyertai Festival Teater Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2008 yang dijadualkan berlansung pada Januari 2009 di Kuala Lumpur.
Untuk itu, satu ujibakat (casting) akan diadakan untuk memilih wakil universiti ke festival tersebut. Kami amat mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anda. Skop ujibakat meliputi bahagian lakonan (pemilihan pelakon), bahagian pengurusan pentas, bahagian set, props dan hiasan, bahagian solekan dan hiasan, bahagian teknikal (pengcahayaan, kesan bunyi dan kesan khas) serta bahagian publisiti dan kebajikan.
Ujibakat yang dijadualkan pada minggu ini ditunda ke masa terdekat yang akan diwawarkan kemudian. Kami akan menyampaikan perkembangan terkini ujibakat melalui blog dan memo.
Jika tahun lepas UMP menduduki tangga ketujuh, siapa tahu tuah anda akan membawa UMP ke kedudukan lebih tinggi, mungkin juga kedudukan tiga teratas, sekali gus mengharumkan nama UMP!
Akan kami nantikan kehadiran anda semua!
"Keajaiban teater pada penghasilannya. Kerana teater yang memanusiakan manusia"
Barang Tuanku Sultan telah bertitah:
"Mamanda, khabarkan pada rakyat sekaliannya. Kirimkan salam Hari Raya beta kepada mereka. Ingin beta adakan majlis santapan Hari Raya. Bersama rakyat beta sekaliannya. Sarungkan persalinan yang cantik-cantik. Hidangkan santapan yang lazat-lazat. Hiburkan diri dengan kugiran. Akan beta sambut mereka dengan perkenan..."
Maka, diisytiharkan Senandika Raya berlansung pada Sabtu malam harinya. Pada haribulan 11 bulan Oktober tahun 2008. Pada jam 9.00 malam. YDK 14 menjadi tempat perkumpulan. Ayuh, khabarkan pada semua kerabat dan handai.
Maaf atas pengumuman yang berkias-kias Mungkin sukar difahami tapi tidak mengapa. Ambillah masa untuk menginterpretasi. Maklumat tambahan akan dimaklumkan kemudian, berdasarkan perkembangan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan, boleh terus merujuk kepada Azlan Umar (0126285910) atau Raja Azean (0139945196).
Tidak terlalu awal rasanya untuk Senandika mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Pastinya kini sudah ramai yang telah pulang ke kampung halaman. Selamat bergembira di samping keluarga kami ucapkan.
Ramai juga yang bertanya, apa perkembangan terbaru Senandika buat masa ini?
InsyaAllah, kami telahpun merancangkan beberapa perkara untuk kumpulan dan juga ahli. Ada beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan. Sekiranya telah dipersetujui dan dicapai kata putus, akan kami khabarkan kepada warga Senandika sekaliannya.
1. Festival Teater MAKUM 2008
Festival Teater MAKUM 2008 dirancangkan bakal diadakan pada Januari 2009. Tarikh dan tempat belum lagi kamu terima pengesahannya. Namun seperti kebiasaannya, latihan dan persiapan untuk ke MAKUM akan diadakan sepanjang cuti semester yang akan datang. Mohon semua warga Senandika peka tentang perkara tersebut.
Uji bakat lakonan (casting) akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Tarikh, tempat dan masa akan diwawarkan kemudian kepada semua warga Senandika dan universiti melalui memo. Minta semua warga Senandika mengambil tahu akan perkara tersebut dan mewawarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertai Festival Teater MAKUM 2008. Sebarang pertanyaan mengenai MAKUM 2008, bolehlah merujuk terus kepada Farani Mustafa.
2. Panel Skrip Senandika
Panel Skrip Senandika telahpun diaktifkan dan disenarai pendekkan ahlinya. Untuk tugasan pertama, mereka akan mencari naskah-naskah drama pentas untuk dijadikan rujukan dan koleksi drama pentas Senandika. Terbaru, Panel Skrip Senandika sedang mencari naskah drama pentas untuk pementasan di Taman Budaya Pahang, Kuantan pada bulan hadapan.
Panel Skrip Senandika buat masa ini sedang menyiapkan naskah teater muzikal kemerdekaan yang diadakan secara kolaborasi bersama Pejabat Naib Canselor universiti. Mereka juga sedang menelaah buku panduan penulisan kreatif dari Faisal Tehrani berjudul "Karya Nan Indah" untuk membantu penghasilan skrip tersebut. Jika tiada aral melintang, naskah tersebut dijangkakan siap pada cuti semester nanti dan akan dipentaskan kepada warga universiti di Kompleks Sukan, seperti yang dibincangkan bersama Pegawai Khas Naib Canselor universiti.
Jika anda mempunyai mana-mana naskah drama pentas, mohon diberikan kepada Panel Skrip Senandika. Sebarang informasi berkaitan dengan Panel Skrip Senandika, bolehlah bertanya kepada Mohd Amiruddin Fadzli.
3. Pementasan di Taman Budaya Pahang
Buat masa ini, Senandika masih lagi dalam proses untuk meneliti naskah drama pentas yang hendak dibawa. InsyaAllah jika tiada aral melintang, pementasan tersebut akan diadakan pada Oktober 2008 di Taman Budaya Pahang, Kuantan. Pementasan ini adalah hasil usaha sama Kumpulan Teater Senandika dan Majlis Teater Pahang yang kini menaungi Kumpulan Teater Senandika. Ini merupakan pementasan teater kedua Senandika selepas Misi selain pementasan untuk MAKUM.
Perkembangan mengenai pementasan tersebut akan dimaklumkan kemudian.
4. Senandika Raya 2008
Senandika Raya kembali lagi! Kali ini, kita akan tampil dengan konsep "zero budget". Walaupun kurang dari segi kewangan, kita akan bersama meriahkannya. Jangan lupa membawa pulang kuih-kuih dan juadah-juadah Raya dari rumah selepas naik cuti Raya nanti!
Maklumat lanjut mengenai Senandika Raya akan kami khabarkan kelak.
Itu sahaja maklumat terkini mengenai Kumpulan Teater Senandika. Selamat Hari Raya semua!
Kumpulan Teater Senandika telah mengadakan Hang Out Ramadhan yang pertama kali untuk semester ini. Lebih menarik, penyertaan daripada ahli-ahli baru dan Senandika dan gabungan ahli-ahli lama menjadkan hang out kali ini istimewa dari sebelumnya.
Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Hang Out Ramadhan tersebut, sila klik pada pautan link ahli-ahli Senandika yang berikut.
1) Afiqah Rahim: Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3
2) Ruzzaida Kamaruldzaman: Siri 1, Siri 2
3) Syafiq Adnan: Overnite Bersama Senandika
Membaca cerita di blog peribadi ahli-ahli Senandika yang menyertai lebih seronok kerana penulisan mereka rata-rata mendahulukan keriangan dan kegembiraan yang dirasai semasa Hang Out Ramadhan tersebut.
Pengurusan Senandika merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Hang Out Ramadhan Senandika 2008. Kepada yang menyertai, terima kasih atas sokongan anda. InsyaAllah, hang out yang seterusnya akan diadakan di Hutan Lipur Bekelah, Kuantan mengikut tradisi kebiasaannya.
Sinopsis Baju Emas Sang Maharaja
Ditakdirkan mereka bertemu dengan seorang pertapa yang sanggup membantu mengubah hidupan mereka. Baju emas yang dijaga bertahun-tahun oleh pertapa dan makhluk halus adalah amanat daripada Sang Maharaja.
Berkat Baju Emas Sang Maharaja, hajat si anak ditunaikan menjadi seorang raja. Sang anak lupa akan syarat memakai baju emas itu. Keangkuhan dan kezaliman menjadi kiblat pemerintahannya. Tunjang keimanan dan budi pekerti mulia diabaikannya.
Sang anak terus hanyut dalam khayalan hingga tidak lagi mengenali ayah sendiri. Bosan mendengar si ayah yang mengaku ayah kepadanya, lalu dia mengangkat tangan untuk memukul ayahnya dengan sebatang kayu. Namun, deik-detik tragis itu terhenti apabila tangan anaknya menjadi kaku.
Akhirnya, Baju Emas Sang Maharaja dirampas semula oleh pertapa dan makhluk-makhluk halus yang menjaganya. Penyesalan demi penyesalan menerpa di hati si anak, namun segalanya telah berakhir. Tragedi menarik itu rupa-rupanya hanyalah satu mimpi si anak setelah tertidur sekian lama.
Tarikh : 12 September 2008
Jam : 5.30 petang - 5.30 pagi
Bayaran : RM25.00 (Makan + Kereta Sewa)
Agenda : Bertolak ke Bazar Ramadhan - Solat Maghrib Berjemaah - Makan Malam di Tanjung Lumpur - Solat Isya' Berjemaah - Bermalam di Pantai Teluk Chempedak - Sahur - Pulang Ke UMP
Mohd Syafiq Bin Bachok
Bendahari
Nurul Afiqah Binti Abd Rahim
JK Makanan
Muhamad Firdaus Bin Abdul Wahab
JK Pengangkutan
Muhamad Syafiq Bin Kadiran
Ainihayati Bt Ismail
JK Aktiviti
Norazreen Binti Samsuri
Hajar
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Raja Azrul Asyadi Bin Raja Adnan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Zamrie Bin Musa
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
Muhamad Firdaus Bin Abdul Wahab
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri)
Mohd Syafiq Bin Bachok
Diploma Sains Komputer
Pusaka Sari di Malam Inspirasi Seni '08
Dicatat oleh Senandika Label: Aktiviti, Foto, Pelakon, TeaterPusaka Sari merupakan sebuah naskah teater hasil nukilan panel skrip Kumpulan Teater Senandika. Naskah ini yang pada asalnya diilhamkan bersempena festival teater MAKUM, telah menjadi titik tolak yang merubah kebanyakan ahli kumpulan teater senandika.
Namun begitu, hari ini tidaklah saya mahu bercerita mengenai MAKUM. Sekadar mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu persembahan Pusaka Sari untuk Malam Inspirasi Seni 2008 (Credits to Gepeng!).
Saudari Sazila sebagai Inang Bayu.
Berselindung dibalik rupanya yang menawan dan tutur kata manis, tersembunyi seorang wanita yang sanggup membunuh hanya kerana cintanya terawang-awangan tak bersambut si pemain bonang. Licik dan kejam, namun akhirnya merana terkena tulah dan bala.
Sang Laksamana yang tewas di tangan seorang perempuan. Disebalik kegagahan dan karismanya, keegoannya telah meletakkan dirinya setahap dengan binatang-binatang buas yang kurang berakal tingkahnya.
Saudara Kay sebagai Arjuna dan Saudari Fazirah sebagai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.Si pemain bonang instana dan sang puteri pewaris singgahsana. Pasangan yang dirundum bencana dek hasad dan dengki, mati ditangan si pengkhianat yang keji. Namun, mereka berjanji setia sehidup semati bila saja paluan bonang bergema lagi.
Begitulah sedikit sebanyak apa yang ingin dicerekakan pada kali ini. Sepanjang perjalanan kumpulan senandika, pusaka sari telah banyak mencorakkan apa yang kami kecapi sekarang. Walaupun ada pergeseran, walaupun berlaku tikaman, namun tetap senandika bersama, bergerak diatas paksi seni dengan desakan minat sendiri.











