Assalamualaikum dan salam untuk sekalian alam,
Sudah lama hamba tidak menulis "update" tahunan Kumpulan Teater Senandika UMP ini. Hamba ingin memohon maaf kerana kelambatan ini.
Menurut Alumni/Mantan Ketua Kumpulan/Co-Pengasas Senandika, Abang Raja Azrul, masuk tahun depan merupakan ulang tahun ke-10 Senandika di UMP. Sudah 10 tahun senandika bertapak di UMP dan ini bermakna ahli Senandika sudah melebihi 100 orang termasuklah alumni.
Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada Alumni Senandika tahun 2002 - 2012 kerana telah memperturunkan kepada kami, kerabat senandika ini, sebuah keluarga yang cukup lengkap serba - serbinya dan keluarga ini lah yang ahli di dalam nya sentiasa lengkap-melengkapi diantara satu sama lain. Kalau Alumni tak ada untuk menjaga kami seluruh kerabat, maka kami mungkin masih terumbang ambing.
Betapa kuat nya ukhwah kami antara kerabat dan alumni senandika, walaupun sudah bekerja dan mempunya komitmen masing-masing, alumni masih mahu untuk turut serta dalam apa jua aktiviti Senandika di UMP. Alumni masih turun untuk berkongsi ilmu dengan kerabat yang lain, alumni akan datang sokong jika Senandika ada pertandingan, lepak minum dengan alumni dikala cuti semester. Yang paling terharu kalau alumni sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk menyokong adinda-adinda nya di UMP ini.
Terima Kasih Alumni kerana sentiasa menyokong adinda-adinda anda ini :)
*update aktiviti senandika sepanjang dua tahun menghilang ini akan muncul dalam masa terdekat :)
Langgan:
Catatan (Atom)


