New semester, new challenges, new agendas.

Kepada ahli senandika sekalian, baru2 ni kita di kejutkan dengan berbagai masalah yang mungkin saja remeh dan juga yang boleh menghancurkan sama sekali reputasi senandika. Kemalangan yang menimpa dua orang sahabat kita adalah contoh salah satu musibah yang menimpa. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, mereka terselamat dari cubaan yang Tuhan berikan.

Aku harap kalian semua boleh bersabar dan sama-sama belajar untuk menghadapi segala rintangan. Harus aku ingatkan, biar susah mana sekali pun sesuatu itu, jikalau bulat hati kalian sekumpulan untuk merangkulnya, insya'allah ia akan tercapai matlamat kalian dengan jayanya. Sentiasa bersedia kerana kalian akan selalu berhadapan dengan situasi2 basi begini.  Memang berat untuk memelihara sesuatu berbanding memulakan sesuatu. Tapi, haruslah kamu percaya bahawa hikmahnya akan datang dikemudian hari kelak.

Aku dan mana2 ahli senandika lain akan sentiasa cuba berada disisi kalian, mahupun jasad kami jauh diperantauan.

( Walaupun ayat skema aku ni xbrape nk best, ak taw korg paham punya apa yg aku nk ckp kan? wakakaka :D)

 Semoga ada manfaat dari apa yang aku nak sampaikan ni, aku harap kalian semua sukses selalu, insya'allah~

2 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Salam.

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 oleh Bakawalee Penang yang tidak sempat ditonton oleh Senandika kerana banjir yang melanda, telah layak ke Manifestasi Teater Kebangsaan 2010.

Jadi kalau nak tengok sekali lagi, jemput pada 31 Julai & 1 Ogos 2010. Tempat akan ditetapkan kemudian oleh urusetia.

Pegawai Khalwat berkata...

Tak ada geng senandika datang tengok alumni hangpa, Nyda buat monolog ke?

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template