Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan Rumah Anak Teater akan mementaskan teater di bawah projek Komuniti Kental Volume II pada Sabtu petang dan Ahad malam ini di Black Box, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan pementasan teater tersebut, bolehlah memberikan nama, id pelajar dan nombor telefon melalui SMS kepada Syahidah Othman, 0145093817 atau 0176704221. Tiket masuk ialah RM 20, makanan adalah tanggungan sendiri dan bas akan sedaya-upaya diusahakan.
Keutamaan akan diberikan kepada kerabat Senandika dan ahli Kelab Kebudayaan & Kesenian.
"TEATER... MEMANUSIAKAN MANUSIA"
Sekian untuk makluman.
AMIRUDDIN FADZLI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Universiti Malaysia Pahang
http://teatersenandika.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



5 ulasan:
yeaaaaaaaaaa!!!!!!!
igtkan dah kempunan nak pergi teater tuh,but i still have that chance!!! kak syidek,sy nk pergi teater tuh!! kalau tiada aral melintang,sy terus msg kak syidek..excited nye!!!!
kalau korang tak tempah lg tiket untuk sabtu n ahad tu..
aku rasa baek tak yah pergi..
aku gi semlm..borak2..kata mereka dah fully booking...baek petang.mahu malam..
apa-apa pun,sape2 yg pernah menonton koken vol.i..koken vol.ii,memamng len dari jangkaan anda.
so,tukar la gi panggung bandaraya ke(monodrama) atau kl pac(10 min theatre)..atau IB(muzikal tun razak)
sekian.
-yang puas hati menonton koken vol.ii semlm-
betul ke??
ala............kempunan kembali...
betul ke??
ala............kempunan kembali...
alamak,aku da tgok plak..rugi korang xpegi wooo..ngeh3..
Catat Ulasan