Satu Evolusi, Satu Transformasi





produksi teater Teruk dan Tambat Kaki

produksi teater muzikal Ubat

salah satu adegan dalam teater muzikal Ubat

produksi teater Adaptasi Kerusi

salah satu adegan dalam teater Adaptasi Kerusi

Pendeklamasian sajak 'Tawa Dalam Tawan'

salah satu adegan dalam teater Tambat Kaki

salah satu adegan dalam teater Teruk


Fiesta Teater Senandika melabuhkan tirainya pada 5 April 2009 setelah dua hari kerabat Senandika berkampung di Taman Budaya Negeri Pahang. Bertemakan Satu Evolusi, Satu Transformasi, fiesta kali ini menyaksikan teater Adaptasi Kerusi arahan Farani Mustafa diangkat sebagai teater terbaik menewaskan Teruk, Tambat Kaki dan Ubat.

Majlis Perasmian Penutup Fiesta Teater Senandika disempurnakan oleh Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Turut hadir ialah Datin Hajah Fazia Ali dan Encik Mohd Sukarno Abd. Wahab, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang.

Menurut Pengarah Program Fiesta Teater Senandika, Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini, ini adalah kali pertama pementasan teater diadakan di luar kampus dan kali pertama pertandingan teater dilaksanakan setelah enam tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang.

Selain itu, fiesta teater ini bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Teater Senandika kepada masyarakat luar kampus, mewujudkan jaringan antara Kumpulan Teater Senandika dan kumpulan-kumpulan teater lain di negeri Pahang, dan sebagai persediaan untuk penyertaan ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada Jun 2009 dan Festival Teater MAKUM pada Disember 2009.

Dalam ucapan perasmian penutup, Yang Hormat Dato' Naib Canselor menegaskan kepentingan kreativiti sebagai pengamalan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang dan seni teater sebagai platform terbaik untuk menzahirkan kreativiti tersebut. Beliau dan isteri turut memberi sokongan kepada Kumpulan Teater Senandika untuk terus mementaskan teater dan menghasilkan karya pada masa yang akan datang.

Edisi pertama Fiesta Teater Senandika buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Senandika dengan Farani Mustafa mengungguli pengarah terbaik dan teater Ubat menerima Anugerah Khas Juri.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Senandika.

Anugerah Senandika

Anugerah Kirana


Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi

Anugerah Sukmasari

Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khalilurrahman Azizan, Tambat Kaki

Anugerah Seri Sukmasari

Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi

Kumpulan Teater Senandika turut memberi penghargaan kepada individu yang banyak membantu perkembangan dan kejayaan Kumpulan Teater Senandika dengan menganugerahkan Anugerah Aprisiasi Senandika kepada Encik Mohd Zaki Ahmad, Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang.

Panel juri yang dilantik khas oleh jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Encik Said Saiful Fazli mencadangkan untuk edisi yang akan datang, Fiesta Teater Senandika dijenamakan kepada Fiesta Teater UMP supaya lebih banyak penyertaan daripada siswa dan siswi Universiti Malaysia Pahang. Turut mengadili fiesta kali ini ialah Encik Raja Azrul Asyadi, Encik Azril Nizam, Encik Azwan Ismail, Encik Mohd Firdaus Naqiuddin, Cik Nuraini Mansor dan Cik Zanida Zamani daripada Kerabat Alumni Senandika.

Semoga penganjuran fiesta teater yang akan datang akan lebih meriah dan mendapat sokongan ramai. Kumpulan Teater Senandika mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan secara langsung atau tidak langsung Fiesta Teater Senandika. Jumpa lagi dalam edisi yang akan datang.

8 ulasan:

aLan berkata...

kita dh buat yg terbaik utk kali yg pertama ni..

alhamdulillah..

nnt..

utk yg kedua n yg seterusnya..

pasti kn lg mantap..

insya Allah..


sweet sgt~

Sengal Ubi berkata...

hurm...

hurm...

hurm...

tahun depan, pak ngah nak menang banyak anugerah pulak. hehehe~

dua tahun depan, nak menang anugerah aprisiasi pulak. hehehe~ kau mampu?

tahun-tahun depan, nak jadi juri pulak. ketua juri terus. hehehe~ gigit jari anak-anak pak ngah nanti. pitam.

Farani Mustafa berkata...

Pergh. Xnk kalah. Choi sangat. 3 tahun yang lepas. aku ada kata. satu hari nanti aku akan bawak piala festival MAKUM ke UMP. Ces. Xde peluang dah, isk3...

Sengal Ubi berkata...

terus down dengar hajat kau rani...

Scarlett Syidek berkata...

x pe la pkngah..
nnt kite wat lagi fiesta thn depan..
pakngah la plak mng award..
hehe..
makngah tukang tepuk ntuk pkngah..
hehe..

Raja Azrul berkata...

tahniah senandika...pasal teater yang kami plan..insyallah..akan diusahakan...so korang keep going with ur path...

Pegawai Khalwat berkata...

Prof. Daing dan Datin Fazia waktu di USM memang penyokong kuat aktiviti seni. Tak rugi beliau jadi NC UMP.

sYafiQ berkata...

tahniah kpd korng...

btw,klu de pe2 event snandika inform r aku...ne tau aku ley join ke..

n aku rse sdey gak r coz xdpt bwk award MAKUM kat UMP..
hoefully korng akan bawak thun ni

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template