Senandika dengan berbesar hati menjemput mana-mana kerabat alumni yang berminat mewujudkan produksi dan mementaskan teater di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Usaha ini adalah suatu usaha untuk memperkenalkan Senandika kepada masyarakat luar kampus di samping meneruskan budaya berteater bagi kerabat yang sudah bergraduasi.
Kerabat alumni yang berminat bolehlah meninggalkan butiran untuk saya hubungi bagi tujuan jemputan, surat-menyurat dan lain-lain perkara yang memerlukan perbincangan. Dengan izin Tuhan, Alumni Senandika akan dilancarkan dalam masa terdekat dan mohon alumni mengirimkan maklumat kepada saya untuk tujuan pendaftaran.
Balasan dari kerabat alumni saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Amir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



8 ulasan:
bagaimana hendak menyalurkan butiran maklumat kepada anda.?
melalui email?
kalau ya..mohon untuk sertakan email anda.
-bakal alumni teater senandika-
kan ada email senandika tu... hantar kat situ la kot.....
alumni?? huhuhu...abang akan join..!! dun worry bro!!
Saya nak jugak! Walaupun mungkin susah sikit saya nak join, tapi apa2 pun, saya mesti support korang semua!
Amir, maklumat apa lagi yg korang nak?
bob...
email senandika ada... gunakan sebaik mungkin. hehehe~
abang wan...
sangkaan jawapan yang tepat. naluri seorang bakal guru mungkin?
abang raja...
thanks for the support. harap alumni dapat mementaskan teater dekat stor teater DBP. dato' nc teringin nak tengok. insyaAllah bajet boleh diuruskan.
kak mel:
thanks for the support! maklumat asas ala-ala maklumat nak konvo la. hehehe~
Teringinnya nak perform bersama Senandika lagi....Teringinnya..Teringinnya...Nak nak nak nak naaaakkkk (Tetiba daku menjadi macam budak kecik la pulak)
p/s: Nanti saya emelkan.
hurm..huhuhu..nice idea..abang leh bantu, tapi abang nak korang pun turun padang gak..bantu apa yang patut..so leh kita wat sama-sama nanti!! Insyallah...
abang raja,
saya kira tiada masalah. mungkin boleh tubuhkan produksi untuk pementasan tersebut. kalau boleh drafkan rangka, saya boleh bincang dengan encik zaki.
Catat Ulasan