Unit Budaya & Seni Kreatif akan berpindah ke bangunan baharu iaitu di belakang pejabat Kolej Kediaman Ketiga (belakang klinik lama). Dimaklumkan ada banyak ruangan kosong yang boleh dijadikan gelanggang latihan, ada dikhabarkan juga teater akan berkongsi gelanggang bersama tarian, orkestra dan koir.
Perpindahan ini adalah suatu berita baik buat saya. Bukan apa, apabila semuanya berpusat dan berdekatan dengan bangunan Canselori yang menempatkan FKKSA dan CMLHS, menjadi mudah bagi saya untuk bergerak melakukan kerja. Tidak perlu ke banyak tempat untuk berurusan kerana semuanya kini sehala.
Dan paling membahagiakan kini akan ada ruang untuk kami berlatih, tidak lagi merempat seperti sebelumnya. Biarpun dipohon berkongsi ruang, saya kira tidak menjadi masalah kerana perjumpaan teater telahpun ditetapkan pada setiap malam Jumaat, dan hendaknya kumpulan lain memberi ruang kepada Senandika untuk menjalankan aktivitinya.
Difikirkan kembali, akhirnya kebudayaan dan kesenian telah diberikan nafas untuk bangkit semula di UMP. Menjadi resam pegawai universiti untuk membunuh tunas-tunas yang mula menjalar dan membenamkan tunas-tunas tersebut dengan polisi kebudayaan yang dipandang terlalu skeptikal. Saya sendiri amat menyanjung kata-kata Dato' NC: "Undang-undang yang terlalu mengikat pelajar menjadikan mereka begitu sukar bergerak".
Saya sendiri tidak akan membenarkan teater dibenamkan oleh pegawai-pegawai tersebut. Suatu hari nanti, Kompleks Sukan Universiti akan menjadi gelanggang pementasan teater yang akan membuka mata pegawai-pegawai tersebut bahawa teater adalah "bahan bantu mengajar" dalam mendidik mereka menjadi manusia.
Ayuh! Mari bersama kita mencelikkan mereka dengan teater.
p/s: Teringin untuk mengadakan pementasan teater mengenai kuda kepang atau timang burung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



7 ulasan:
pementasan kuda kepang & timang burung??berhajat nampaknya tuan hamba hendak berkolobrasi...
teruskan usaha...
mantapkan perancangan...
Idea di kepala memang sudah sedia ada. Masih memerlukan kajian mendalam tentang dua tarian tersebut. Kolaborasi itu pasti. Itupun jika kerabat tuan hamba sudi.
nk bilik yg ada dinding cermin tu..
huhu~
pementasan kuda kepang dan timang burung?
kedngaran best
huhuhu..nak joinnnnnn..wawawawa
bagus nmpknye usaha sengal ubi dlam bersaing dgn group lain tuk bergelar sbagai blog terbaik satu hari nnti. huhu. maka dgn itu wajarlah saudara mempergiat lagi usaha dlm merealisasikan impian anda itu. salah satu cara tuk kenal blog2 lain pun ada dlm blog ini. tahniah.
boink dengan statement kay.
ada ke KKK nak buat anugerah macam tu?
apa yg skodeng mengarut ni..
ish2..
lalaLala..
Catat Ulasan