Di padang bola sewaktu rehat kelas teori, kapten pasukan yang sedang duduk di bangku sambil termenung, didatangi pengurus pasukan.
Pengurus:
A... Macam mana prestasi budak-budak kita?
Kapten:
Susah nak cakap Tuan Z. Memang mereka bersungguh belajar main bola, tapi belum lagi turun padang. Saya nak mereka "warm up" dulu. Tengok mereka kurang tangkas. (Bangun menendang bola jauh ke hujung padang, kemudian duduk kembali)
Pengurus:
Kan saya dah dapatkan jurulatih untuk awak?
Kapten:
Memang ada jurulatih tuan. Mungkin saya yang manjakan mereka sangat. Tu mungkin penyebab mereka kurang tangkas. Saya pun bingung tuan. (Mengeluh)
Pengurus:
A... (Sambil memandang rumput) Sebelum awak jadi kapten, saya ada empat kapten. Dulu rumput dekat padang ni panjang, kita tiada mesin nak potong. Kapten saya yang empat dulu dengan anak-anak buah mereka yang cantas rumput jadi pendek, biar selesa awak dengan anak-anak buah awak bermain. (Pengurus menendang bola ke arah tiang gol, kemudian duduk di bangku bersama kapten pasukan) Dulu kapten saya yang empat dan anak buah mereka, bermain dekat padang tak selesa, berdarah tapak kaki pijak batu, tercalar betis tertoreh duri, mereka tetap main dengan hebat.
Kapten:
Saya tahu tuan. Saya pun pernah main bersama mereka dulu.
Pengurus:
Semuanya bergantung dekat awak Saya bagi awak kebebasan ubah formasi, saya bagi awak kelonggaran main dekat padang baru. Bagilah saya aksi yang terhebat dari pasukan awak bila bermain. Kalau boleh, bermain disorak penonton setiap minggu. Kalau awak terus belajar, tapi tak mahu turun padang, berapa tahun belajar sekalipun, awak tak mungkin jadi hebat.
Kapten:
Saya faham maksud tuan. Lepas ni pun dalam bulan Mac mereka ada perlawanan persahabatan mingguan selama sebulan, bulan Mei saya akan hantar empat pemain terbaik saya berlawan di Sabah, bulan Jun kami akan berentap di peringkat negeri, bulan Disember kami akan bertarung dengan pasukan setaraf kami. Tapi...
Pengurus:
Tak perlu bertapi itu ini... A... Awak ketua, kena tunjukkan kepimpinan awak. Awak yang menentukan hala tuju pasukan. Apa saja kehendak jurulatih yang awak kurang berkenan, awak nafikan. Itu kuasa yang saya beri dekat awak. Saya lepaskan awak bermain dalam acuan awak sendiri, bukan acuan yang orang lain.
Kapten:
(Memandang pengurus pasukan penuh pengertian) Baik tuan. Saya tahu apa yang patut saya buat.
Pengurus pasukan bangun, memberi senyuman kepada kapten pasukan, berjabat tangan lalu meninggalkan padang. Kapten pasukan kemudian memanggil anak-anak buah dan bersedia mengatur stratergi untuk kesemuanya hari ini turun padang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



16 ulasan:
bekas pemain kebangsaan:
kapten!..saya ingin terus bermain selagi kudrat ini masih ada..
bob... mantap tak cite aku?
banyak maksud yang tersirat tu..
akan ku cungkil satu persatu..
bdw,pe tajuk cite ni?
rumput jadi saksi..xbesh langsung tajuk..
lalaLala.
pemain simpanan:
aku pun teringin nak jd striker,asyik jd reserve jer..
bob...
suke ati aku la... ngeh3~
daoz...
bukan pernah jadi midfielder ke dulu?
kalu nk jd goal keeper..apa kriteria yg diperlukan?
harus seorang diva bertaraf dunia. mampu?
errr...
i bleh join ke??
Takpelah, I jadi korang punya cheerleaders je la. Ok tak ok?
to sis nyda:
boleh2..syarat utama..anda seorang bekas pelajar ump yg pernah membayar yuran kumpulan teater.So,dengan rasmi nya anda layak.
tahniah.
huhu.
to sis mel:
x ok..
mane bley akal jd cheerleaders je.sape nk jadi heroin nnt..
lalaLala
Takpe Bob, sebab saya tak jadi heroinlah maka heroin2 baru dapat dilahirkan. Saya akan jadi cheerleaders yang sgt supportive dan sgt membantu. Cewah...
Aku cadangkan, kurangkan kata arahan yang tidak perlu. Jika tidak skrip ini akan jadi skrip pada zaman sandiwara, sampaikan ketawa pun nak ditunjukkan ha ha ha.
Kata arahan seperti (sambil memandang rumput), (mengeluh), (memandang pengurus pasukan penuh pengertian) sebenarnya harus jadi tanggungjawab pengarah dan pelakon menentukannya.
Skrip masa kini harus beri kebebasan pada pengarah untuk mencorakkannya. Kecuali sesetengah kata arahan yang penting untuk kontinuiti cerita seperti (kapten pasukan yang sedang duduk di bangku sambil termenung, didatangi pengurus pasukan).
Ini pendapat aku, tidak semestinya diikut. Kerana aku juga pernah ditegur sebegini oleh tenaga pengajar Aswara.
Apa-apa pun, sementara hang ada banyak masa menulis ni, tulislah seberapa banyak yang boleh. Dah kerja nanti susah nak cari masa dah.
huu..
br aku paham crite ni..
apa2 pn amir..all da best dlm mencorakan strategi..
pasti kn ianya akn mnjadi yg TERBAEKKK !!!
Catat Ulasan