Bebelan 1

Sebelum ni, tiap kali perjumpaan, kerja aku dengar je apa ketua aku nak cakap. Datang pun sehelai sepinggang, kadang-kadang lewat sikit, tapi memang jarang la aku datang awal. Selalu jugak ketua akan marah pasal datang lambat tapi aku dengan kawan-kawan aku selalu macam tu, tak pernah berubah. Masa perjumpaan pun, kalau ketua cakap dekat depan, aku ada jugak cakap-cakap dekat belakang, buat bising dan tak bagi fokus sebab yang aku tahu, datang perjumpaan teater, mesti nak rasa gembira je.

Aku dulu ingat kerja ketua kumpulan ni kerja senang, takdelah susah mana. Buat perjumpaan, cakap masa perjumpaan, main permainan teater lepas tu balik. Kalau ada pementasan, pergi la. Seronok jugak dapat jalan-jalan ke tempat orang dan tengok teater tanpa berbayar. Siapa yang tak nak nikmat macam tu?

Tapi tadi, masa duduk-duduk, aku rasa kerja aku sekarang ni sebenarnya susah. Kadang-kadang aku pun tak tahu macam manalah Kak Yun dengan Lan boleh tahan dengan benda-benda dan situasi macam ni. Jadi ketua kumpulan sebenarnya banyak benda yang aku nak kena fikir. Situasi dia macam kalau aku tak fikir, keluarga aku tak makan. Sama je macam mak ayam tak boleh fikir mana nak cari cacing bagi makan dekat anak-anak.

Baru aku tahu perasaan ketua aku dulu kalau dia cakap dekat depan tapi orang macam buat tak dengar. Baru aku tahu nak bawak tengok teater dekat luar sebenarnya prosedur dia banyak birokrasi nak mampus. Baru aku tahu jadi ketua kumpulan ni, apa-apapun, Senandika datang dulu. Baru aku tahu jadi ketua ni nak ingat nama dan muka orang punyalah susah, sedangkan dulu aku fikir budak darjah satu pun boleh buat.

Dan yang paling baru aku tahu, susah sebenarnya Kak Yun dengan Lan nak buat aktiviti yang boleh buat semua orang gembira dan jadi erat macam satu keluarga. Aku tak tahu macam mana nak satukan semua kerabat Senandika jadi satu keluarga. Macam keluarga yang ada abang, kakak dan adik-adik. Aku mati akal dekat bahagian tu. Nak buat aktiviti dekat luar mana ada masa, bajet apatah lagi.

Mungkin aku patut guna formula Abang Raja dulu. Boleh kata Abang Raja ni jugak yang mengasaskan salasilah kekeluargaan Senandika dan baru aku tahu benda tu sebenarnya penting untuk dibuat walaupun nampak remeh. Aduh! Terasa macam tertikam oleh karma sendiri. Aku rasa macam Alicia Keys nyanyi lagu Karma secara langsung depan aku. Padan muka, dulu siapa suruh buat masalah dekat ketua? Kan sekarang dah kena balik.

Tapi apa yang aku cakap tadi, apa yang Kak Yun cakap tadi dan apa yang Epul cakap tadi, memang ada betulnya. Ada masa bergurau, kita bergurau. Masa yang kita perlu serius dan fokus, kita serius dan fokus. Tapi janganlah korang semua rasa tak gembira. Aku ni tensyen mana, pening mana, geram mana dan marah mana pun dengan korang, kalau korang gembira, aku mesti gembira. Sebab korang keluarga aku kat sini. Biasalah membebel tak tentu pasal tu. Tahun depan aku bersara la. Hehehe~

Betul jugak cakap Yan, mungkin sebab aku buat kerja sorang-sorang kot, tak kongsi dengan orang lain. Gila kerja la katakan. Tapi lepas ni aku akan mendidik diri sendiri supaya mengagihkan tugasan supaya aku lari dikecam sebagai orang gila kuasa. Hehehe~ Syidek, Yan dengan Eqa, lepas ni muntahlah korang buat kerja-kerja pentadbiran ni.

Nanti aku akan kira dekat kalendar berapa hari lagi aku boleh duduk balik dekat tempat ahli macam mana Lan tengah duduk sekarang. Tapi buat masa kenalah galas tanggungjawab dan beban ni. Tapi, semua tu takkan menjadi kalau korang tak bagi sokongan. Apa lagi, majulah aku untuk Senandika (motivasi kuat kerja sikit).

Siapa nak buat Bebelan 2?

13 ulasan:

mocQachinno berkata...

It is our job to help each other. As the pentadbiran guys and also as a family. So, whatever it is we can help you with, just let us know. Kn owg kte sharing is caring. We move as one and we will rise as one ginormous success. Ahakz!

*bebelan mini dr mocQa*

c h o c o l a t e i.c.e berkata...

to witer(sengal ubi):

rilek bro.

aku backup ko dr belakang.member-member lain pun same.

jangan tertekan sangat.

p.s:maaf lambat pergi perjumpaan tadi.ada hal yang tak dapat nak di elakkan.sepuluh jari disusun

p.p.s:emm..cuba ajak kembali teman2 se-batch dgn ko.seperti rmai yg menghilang.cuba ajak.usah memaksa.

lalaLalala.

Farani Mustafa berkata...

Ngahahaha :D

Karma...

Scarlett Syidek berkata...

ak akn suppot ko dr segenap arah..
hehe..
dr depan,blakang,kiri,kanan,atas,bawah, timur laot,tenggare,barat daya...
sume skalila..
hehe..

so, bile ak bley dapat assingmen ak..???
haha..

Nyda Zamani berkata...

ape lagi amir..
diorg dah mintak keje diorg
bagi diorg buat semua..hihihi
kamu pantau je ok
pening kepala sama2
gembira pun sama2 k..
jgn buat keje sorg2
but of kos tugas kamu plg berat walaupun dah bahagi2 tugas pada org lain..pantau n make sure jalan!
all da best dear!

Cah@ya Syurg@ berkata...

btl2.....sng sme2...susah sye kurang skit...kamu lebih la.....hahahaahah. gurau jek....huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

SEPAKAT membawa BERKAT...BERSATU kite TEGUH...BERCERAI kita ROBOH...pertama2 nya...menjadi seorang ketua mahupun seorang pemimpin memang satu kerja yg SGT BERAT...

ape yg kita buat..akan buat..telah buat..semuanya akan dikritik pelbagai pihak..kdg2 kita wat keje...tp ada org yg menegur kite x wat keje...

ukhwah ataupun bonding antara ahli adalah punca kekuatan sesuatu organisasi itu...bak kata org..kita kena jadi bagai aur dgn tebing..bagai isi dgn kuku..bila peha yg sakit..satu bdn pn rase sakit...

jadi..adik2 yg ku kasihi n hormati..KEMBALIKAN LAH ZAMAN KEGEMILANGAN SENANDIKA..yg suatu masa dahulu merupakan satu kumpulan yg sgt DIHORMATI n DISEGANI di Bumi UMP n KKK khususnya..

stop dis nonsence n start KEEP MOVING FORWARD...kurangkan kontRoversi..TINGKATKAN PRESTASI..

-mantan pres KKK 07/08-
ahli SELAMANYA...SENANDIKA
SENANDIKA..SWEEEEEET SGT..

Farani Mustafa berkata...

"-mantan pres KKK 07/08-
ahli SELAMANYA...SENANDIKA
SENANDIKA..SWEEEEEET SGT.."

Bapak poyo siot. Tulis azril nizam je sudah, hahaha :D

Sengal Ubi berkata...

abang azril, define nonsense?

Nyda Zamani berkata...

mane best..
tulis mende2 tu la baru mantap azril..eh salah..mantap ayam..haha

Raja Azrul berkata...

ada masa panggillah senior senandika (abang maksudkan bekas)..insyallah, kami semua datang! kita leh buat bengkel...

ingat, jangan lost kontek ngan alumni..banyak faedah nya ..hehehe.

Cah@ya Syurg@ berkata...

bgus gak kalo senior dlu2 dtng..leh ktorng knl2 dgn alumni dlu2...huhuhu..bru meriah, ceria n kecoh keluarga senandika ni...

Melody M. berkata...

Kami pun teringin nak tengok juniors Senandika yg baru-baru ni.. Hehe... Senandika, sejak azali lagi memang kuat kecoh dan meriah. Kan semua kan?

Kami, seniors dan alumni Senandika sekalian will always support Senandika!

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template