Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Panel Skrip Senandika sedang mencari mereka yang berbakat dalam menggubah muzik untuk projek penulisan skrip teater muzikal yang sedang dibangunkan.
Mereka yang mempunyai kebolehan mencipta lagu dan menulis lirik dialu-alukan untuk memohon. Penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Pahang. Penulisan skrip ini akan dikendalikan sendiri oleh Panel Skrip Senandika.
Permohonan boleh diajukan kepada saya dengan membalas memo ini atau menghubungi saya di talian 013-2002018.
Semoga dengan penyertaan anda dapat merealisasikan hasrat untuk mementaskan teater muzikal pertama kendalian Krew Produksi Senandika di Universiti Malaysia Pahang.
"Senandika... Sweet Sangat"
MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Panel Skrip Senandika
Kumpulan Teater Senandika
Universiti Malaysia Pahang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



2 ulasan:
ermm...teater muzikal???
bila??
cerita apa??
ko nk buat kt UMP??
-Lan
teater abang wan tu la. tak siap-siap pun lagi. nak tolak tak sampai hati la pulak. nak buat tak sudah-sudah jugak.
dah nak dekat setahun kan projek ni?
Catat Ulasan