Pusaka Sari di Malam Inspirasi Seni '08

Pusaka Sari merupakan sebuah naskah teater hasil nukilan panel skrip Kumpulan Teater Senandika. Naskah ini yang pada asalnya diilhamkan bersempena festival teater MAKUM, telah menjadi titik tolak yang merubah kebanyakan ahli kumpulan teater senandika.

Namun begitu, hari ini tidaklah saya mahu bercerita mengenai MAKUM. Sekadar mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu persembahan Pusaka Sari untuk Malam Inspirasi Seni 2008 (Credits to Gepeng!).

Saudari Sazila sebagai Inang Bayu.


Berselindung dibalik rupanya yang menawan dan tutur kata manis, tersembunyi seorang wanita yang sanggup membunuh hanya kerana cintanya terawang-awangan tak bersambut si pemain bonang. Licik dan kejam, namun akhirnya merana terkena tulah dan bala.

Saudara Peedot sebagai Megat Aduka.

Sang Laksamana yang tewas di tangan seorang perempuan. Disebalik kegagahan dan karismanya, keegoannya telah meletakkan dirinya setahap dengan binatang-binatang buas yang kurang berakal tingkahnya.

Saudara Kay sebagai Arjuna dan Saudari Fazirah sebagai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.

Si pemain bonang instana dan sang puteri pewaris singgahsana. Pasangan yang dirundum bencana dek hasad dan dengki, mati ditangan si pengkhianat yang keji. Namun, mereka berjanji setia sehidup semati bila saja paluan bonang bergema lagi.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang ingin dicerekakan pada kali ini. Sepanjang perjalanan kumpulan senandika, pusaka sari telah banyak mencorakkan apa yang kami kecapi sekarang. Walaupun ada pergeseran, walaupun berlaku tikaman, namun tetap senandika bersama, bergerak diatas paksi seni dengan desakan minat sendiri.

Oleh Farani Mustafa

12 ulasan:

azwan bamadhaj berkata...

tahniah kerana sudah mempunyai blog sendiri...

tentang senandika....

suatu kumpulan teater yang mempunyai begitu banyak potensi, jangan pernah berhenti dari berkarya, kerana didalam diri anak seni pasti dahagakan rentak dan susun langkah menuju pentas...

tiada limitasi untuk kejayaan yang bakal senandika kecapi.....

saya berbangga menjadi anggota kumpulan senandika....

semoga jalanan kita akan bertemu lagi.....

ps: abang ke insan pertama yang mengomen? bangganya.... hehehhe
pergeseran dan tikaman kalau bermaksud utk menegakkan kebenaran rasanya wajar dilakukan...

Tanpa Nama berkata...

haruslah org prtama,xsmpat nak hebahkn lagi dah promote kt blog hang.haha.

sy pun berbangga jadi ahli senandika cuma akhir-akhir ni macam kureng sket.

once a senandika always a senadika~

Tanpa Nama berkata...

aku menjadi org ke3 komen..
walaupn aku dr golongan 'blogger yg low profile'...
korng sume jgn jeles..

glory for senandika!!

c h o c o l a t e i.c.e berkata...

saya selaku salah seorg ahli senandika yg aktif amat berbangga akan kewujudan blog ini..

harap blog ini trus segar dgn entri yg sentiasa di update..

mocQachinno berkata...

as a junior of senandika, i wanna say congrats for the blog!

senandika has captured my heart and will forever be in it.

i'm proud to be a member of the family!!

yunika kirana berkata...

senandika.. sweet sangat~~

org yg keenam mengomen.. hehe

tahniah senandika.. tahniah kepada yg berjaya memulakan langkah mencipta blog ini.. dengan blog ini.. kita pasti kekal seiring.. walau di mana kita berada..

Kelab Kebudayaan & Kesenian UMP berkata...

Congrats Senandika!
U guys will always be in my heart..
Di sini lah byk pahit manis kehidupan ku di UMP bermula..
Byk kenalan yg ku kenal..
Umpama satu keluarga yg bahagia..
Kan ku kenang segalanya hingga ke akhir hayat..
Senandika sweeeettt sgt!

sincerely,
Azril Nizam...(sori..xde blog sendiri)

p/s:org xde blog x leh mengomen eh?

c h o c o l a t e i.c.e berkata...

ala..bley je komen..

tp klu ko komen gne blog kkk tu..

wat la ucapan cam official ckit dr pihak kelab.

bkn persendirian nye komen..pe daa..


bakal presiden KKK sesi 2010/2011

Nyda Zamani berkata...

huhuhu~
sudah lama kunantikan saat ini
dan
berakhirnya sebuah penantian~

bangganye dengan first entry yang sangat3..errr..can't find the word

teruskan usaha kalian ke arah memartabatkan seni teater.kalian mampu menjadi sebuah kumpulan yg gah satu masa nanti. kalian yang akan mencorakkan masa depan senandika.seperti kata abg wan, jgn pernah berhenti dari berkarya.


seni itu jiwa, seni itu nafas, seni itu darah yang mengalir ke segenap ruang tubuh~

p/s: mg blog ni akn jd penghubung antara kita yg jauh di mata. sy juga banga menjadi sebahagian dari senandika..sayang kamu semua~ =)

Melody M. berkata...

salam semua..
tahniah senandika!! semoga blog ni dpt menjadi medan di mana ahli2 senandika (juga alumni senandika) boleh berhubung antara 1 sama lain..di samping mengupdate berita terkini lagi sensasi dari senandika..hehe..so wlupun kite jauh di mata (sob sob sob) tp tetap dekat dlm hati.. luv senandika always!!

Huda Luna berkata...

huhu...
tahniah senandika...

hope korg ingt2 la kt junior2 nih...
bg tnjuk aja yg tbaek + yg slh mntk d maaf kn...

p/s : mlm MIS 2008 tu x kn ku lupe...byk kngn...

Farani Mustafa berkata...

Ces. Plagiat daripada page aku nampak? Wah2...

Copyright © 2008 - Teater Senandika - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template