Sebelum ni, tiap kali perjumpaan, kerja aku dengar je apa ketua aku nak cakap. Datang pun sehelai sepinggang, kadang-kadang lewat sikit, tapi memang jarang la aku datang awal. Selalu jugak ketua akan marah pasal datang lambat tapi aku dengan kawan-kawan aku selalu macam tu, tak pernah berubah. Masa perjumpaan pun, kalau ketua cakap dekat depan, aku ada jugak cakap-cakap dekat belakang, buat bising dan tak bagi fokus sebab yang aku tahu, datang perjumpaan teater, mesti nak rasa gembira je.
Aku dulu ingat kerja ketua kumpulan ni kerja senang, takdelah susah mana. Buat perjumpaan, cakap masa perjumpaan, main permainan teater lepas tu balik. Kalau ada pementasan, pergi la. Seronok jugak dapat jalan-jalan ke tempat orang dan tengok teater tanpa berbayar. Siapa yang tak nak nikmat macam tu?
Tapi tadi, masa duduk-duduk, aku rasa kerja aku sekarang ni sebenarnya susah. Kadang-kadang aku pun tak tahu macam manalah Kak Yun dengan Lan boleh tahan dengan benda-benda dan situasi macam ni. Jadi ketua kumpulan sebenarnya banyak benda yang aku nak kena fikir. Situasi dia macam kalau aku tak fikir, keluarga aku tak makan. Sama je macam mak ayam tak boleh fikir mana nak cari cacing bagi makan dekat anak-anak.
Baru aku tahu perasaan ketua aku dulu kalau dia cakap dekat depan tapi orang macam buat tak dengar. Baru aku tahu nak bawak tengok teater dekat luar sebenarnya prosedur dia banyak birokrasi nak mampus. Baru aku tahu jadi ketua kumpulan ni, apa-apapun, Senandika datang dulu. Baru aku tahu jadi ketua ni nak ingat nama dan muka orang punyalah susah, sedangkan dulu aku fikir budak darjah satu pun boleh buat.
Dan yang paling baru aku tahu, susah sebenarnya Kak Yun dengan Lan nak buat aktiviti yang boleh buat semua orang gembira dan jadi erat macam satu keluarga. Aku tak tahu macam mana nak satukan semua kerabat Senandika jadi satu keluarga. Macam keluarga yang ada abang, kakak dan adik-adik. Aku mati akal dekat bahagian tu. Nak buat aktiviti dekat luar mana ada masa, bajet apatah lagi.
Mungkin aku patut guna formula Abang Raja dulu. Boleh kata Abang Raja ni jugak yang mengasaskan salasilah kekeluargaan Senandika dan baru aku tahu benda tu sebenarnya penting untuk dibuat walaupun nampak remeh. Aduh! Terasa macam tertikam oleh karma sendiri. Aku rasa macam Alicia Keys nyanyi lagu Karma secara langsung depan aku. Padan muka, dulu siapa suruh buat masalah dekat ketua? Kan sekarang dah kena balik.
Tapi apa yang aku cakap tadi, apa yang Kak Yun cakap tadi dan apa yang Epul cakap tadi, memang ada betulnya. Ada masa bergurau, kita bergurau. Masa yang kita perlu serius dan fokus, kita serius dan fokus. Tapi janganlah korang semua rasa tak gembira. Aku ni tensyen mana, pening mana, geram mana dan marah mana pun dengan korang, kalau korang gembira, aku mesti gembira. Sebab korang keluarga aku kat sini. Biasalah membebel tak tentu pasal tu. Tahun depan aku bersara la. Hehehe~
Betul jugak cakap Yan, mungkin sebab aku buat kerja sorang-sorang kot, tak kongsi dengan orang lain. Gila kerja la katakan. Tapi lepas ni aku akan mendidik diri sendiri supaya mengagihkan tugasan supaya aku lari dikecam sebagai orang gila kuasa. Hehehe~ Syidek, Yan dengan Eqa, lepas ni muntahlah korang buat kerja-kerja pentadbiran ni.
Nanti aku akan kira dekat kalendar berapa hari lagi aku boleh duduk balik dekat tempat ahli macam mana Lan tengah duduk sekarang. Tapi buat masa kenalah galas tanggungjawab dan beban ni. Tapi, semua tu takkan menjadi kalau korang tak bagi sokongan. Apa lagi, majulah aku untuk Senandika (motivasi kuat kerja sikit).
Siapa nak buat Bebelan 2?