Dah lama blog Senandika tak dikemaskini.
Alasan terlalu sibuk bersiap sedia untuk Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2009 sebenarnya taklah begitu "terlalu" seperti yang dikatakan. Kerja-kerja membina set, menyelaras teknikal, memilih busana serta tatarias dan penghebahan publisiti semuanya berjalan lancar. Latihan lakonan secara hitam putih sebanyak tiga sesi sehari juga berjalan baik.
Semuanya mengikut perangkaan dan kami menanti keajaiban untuk berlaku.
Kenapa keajaiban?
Kertas kerja untuk belanjawan penyertaan dan persediaan Kumpulan Teater Senandika ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2009 saja sudah memakan belanja berbelas ribu ringgit. Tak ditambah dengan harapan setinggi Gunung Tahan untuk Senandika mendapat tempat di festival itu nanti. Biasalah, bila hantar kertas kerja, dari belasan ribu jadilah beribu, kalau kejam, boleh jadi beratus. Alasan pihak atasan: Membazir!
Setiap tahun, itulah alasan yang diberi. Nak kejayaan tinggi melambung tapi tak nak tolong. Tapi tak apa sebab kami dah biasa dengan fenomena yang semacam ini.
Memang kami akan membawa perubahan dan harapnya perubahan ini akan membawa kesan. Genre teater ini suatu yang baru, aku rasa dekat Pahang tak ada yang pernah bawa. Tapi yang pasti, tiada unsur cinta dalam teater kali ini. Tapi pementasan teater dari Senandika memang tak dapat lari dari satu klise.
Klise apa? Yang itu kena tunggu.
p/s: Tajuk entri ini macam tak kena kan? Yang itu pun kena tunggu. Macam cerita Penunggu Pusaka dah.
16 drama, 16 orang pengarah berkaliber, 160 minit.
Are you up for the challenge?
Satu teater berjudul 'Orang Kasar' akan dipentaskan di Taman Budaya Negeri Pahang oleh Kelab Teater Pujangga pada 18 April 2009, Sabtu, pukul 8.30 malam. Tiada perkhidmatan bas disediakan tetapi kerabat yang berminat untuk pergi menonton, boleh pergi seawal 7.30 petang bersama-sama. Sesiapa yang tidak ada 'paper' hari Isnin atau merasa bosan duduk di bilik, boleh 'join' kami untuk kesana. Siapa nak ikut, angkat tangan!
Pelajar UMP Pentaskan Empat Teater
| Kuantan, 13 April Setelah dua hari berkampung di Taman Budaya Negeri Pahang, Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang (UMP) boleh bernafas lega melihat kejayaan mereka mementaskan empat karya seni mereka kepada orang ramai. Bertemakan Satu Evolusi, Satu Transformasi, fiesta yang merupakan pementasan sulung yang diadakan di luar kampus membuktikan kemampuan pelajar-pelajar dari universiti teknikal bergiat dalam seni teater setanding dengan pengiat teater lain. Bertempat di Taman Budaya Negeri Pahang, Kumpulan Teater Senandika UMP menampilkan empat persembahan teater yang bertajuk, "Ubat" , "Tambat Kaki", "Teruk" dan "Kerusi" arahan dan lakonan sepenuhnya oleh 40 orang pelajar universiti ini. Menurut Pengarah Program Fiesta Teater Senandika, Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini, ini adalah kali pertama pementasan teater diadakan di luar kampus dan kali pertama pertandingan teater dilaksanakan setelah enam tahun penubuhan UMP. " Fiesta teater ini bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Teater Senandika kepada masyarakat luar kampus, mewujudkan jaringan antara Kumpulan Teater Senandika dan kumpulan-kumpulan teater lain di negeri Pahang. " Pementasan ini juga sebagai persediaan untuk penyertaan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada Jun 2009 dan Festival Teater MAKUM pada Disember 2009. " Walaupun kami tidak mempunyai latar belakang teater dan tiada bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman, itu tidak mematahkan semangat kami untuk bergiat dalam teater dan menjayakan pementasan ini" , jelas Mohd Amiruddin Fadzli sambil memberitahu latihan lakonan diadakan dalam tempoh persediaan selama sebulan. " Ini adalah kerana minat yang mendalam disamping mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan universiti, " kata beliau. Tambah beliau lagi, pementasan teater Tambat Kaki dan Teruk mendapat sambutan penuh apabila dipentaskan kepada orang ramai di panggung Taman Budaya Negeri Pahang. Beliau berkata, selain dari pementasan ini, kumpulan Teater Senandika pernah memenangi tempat ketujuh keseluruhan festival MAKUM ke-8 dan tempat pertama antara enam universiti teknikal seluruh Malaysia. Empat teater yang dipentaskan iaitu Ubat arahan Mohd Azlan Umar, mengemukakan tema kekejaman dan ketamakan manusia manakala teater "Teruk" pula mengemukakan tema konflik cinta akibat perbezaan darjat. Teater "Tambat Kaki" pula mengungkap sikap ahli politik yang sekadar berjanji kosong semasa pilihanraya dan teater Kerusi pula mengajak kita berfikir tentang soal kekuasaan dan kekejaman. Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, pengurusan UMP memberi sokongan penuh kepada pementasan teater ini yang merupakan salah satu cabang seni kreatif yang sihat yang menggalakkan kreativiti dan personaliti positif pelajar. Menyedari pentingnya kreativiti sebagai katalis kecemerlangan sikap dan budaya kerja, pengurusan UMP telah meletakkan elemen tersebut dalam salah satu slogannya iaitu, Engineering, Technology and Creativity, katanya semasa merasmikan Fiesta Teater Senandika baru-baru ini. Majlis turut dihadiri Encik Mohd. Sukarno bin Abdul Wahab, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan Datin Hajjah Faziah Ali, Ketua Timbalan Pendaftar, Jabatan Penyelidikan & Inovasi. Menurut Daing Nasir, Fiesta Teater Senandika yang berlangsung selama dua hari baru-baru ini bolehlah dianggap sebagai showcase kreativiti para penggerak Kumpulan Teater UMP. Daing Nasir berkata, sensitiviti dan kepekaan pelajar UMP terhadap isu-isu semasa telah dipancarkan melalui sentuhan kreatif mereka dalam teater-teater yang dipentaskan sepanjang fiesta ini. " Dalam konteks ini, slogan Mahasiswa Jurubicara Masyarakat " juga boleh dilebarkan kepada hasil karya kreatif pelajar seperti teater, cerpen dan puisi bagi menyuarakan perspektif dan pandangan mereka terhadap isu-isu semasa. " Menjadi jurubicara kepada masyarakat menuntut para pelajar menggunakan segala ruang dan peluang yang ada yang disesuaikan dengan pelbagai segmen audien yang ada di luar sana," katanya. Daing Nasir juga turut menasihatkan semua penggiat teater, khususnya Senandika untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap karya yang digarap dan dipersembahkan mengambil kira nilai serta adab sopan tanpa menyentuh sensitiviti politik, agama dan kaum. " Tampilkanlah kematangan dan akauntibiliti dalam setiap karya yang digarap dan dipersembahkan.Saya yakin Kumpulan Teater Senandika UMP mempunyai potensi besar dan boleh maju ke hadapan, mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang, " katanya mengakhiri ucapan beliau kepada semua penggiat seni teater untuk terus mementaskan teater dan menghasilkan karya pada masa akan datang. |
Berikutan berlakunya beberapa kerumitan dalam proses perancangan dan pelaksanaan, hangout terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.
Rata2 kita dah penat dengan study, dan pementasan minggu lepas. So, why not kita gerak ke satu tempat yang asing, melarikan diri hiruk-pikuk UMP yang sibuk ini and have ourselves a great time? Say, why not ke Hutan Lipur Berkelah?
I'm sure ramai lagi ahli senandika yang xmenjejakkan kaki lagi ke sana, hehe :D Its trecherous, steep, full of boulders, exhausting hike will be rewarded with a view of serenity and of course lots of bone-chilling icy cold water. So, how about it? Are you up for the challenge? Hoho :D
Fiesta Teater Senandika melabuhkan tirainya pada 5 April 2009 setelah dua hari kerabat Senandika berkampung di Taman Budaya Negeri Pahang. Bertemakan Satu Evolusi, Satu Transformasi, fiesta kali ini menyaksikan teater Adaptasi Kerusi arahan Farani Mustafa diangkat sebagai teater terbaik menewaskan Teruk, Tambat Kaki dan Ubat.
Majlis Perasmian Penutup Fiesta Teater Senandika disempurnakan oleh Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Turut hadir ialah Datin Hajah Fazia Ali dan Encik Mohd Sukarno Abd. Wahab, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang.
Menurut Pengarah Program Fiesta Teater Senandika, Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini, ini adalah kali pertama pementasan teater diadakan di luar kampus dan kali pertama pertandingan teater dilaksanakan setelah enam tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang.
Selain itu, fiesta teater ini bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Teater Senandika kepada masyarakat luar kampus, mewujudkan jaringan antara Kumpulan Teater Senandika dan kumpulan-kumpulan teater lain di negeri Pahang, dan sebagai persediaan untuk penyertaan ke Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada Jun 2009 dan Festival Teater MAKUM pada Disember 2009.
Dalam ucapan perasmian penutup, Yang Hormat Dato' Naib Canselor menegaskan kepentingan kreativiti sebagai pengamalan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang dan seni teater sebagai platform terbaik untuk menzahirkan kreativiti tersebut. Beliau dan isteri turut memberi sokongan kepada Kumpulan Teater Senandika untuk terus mementaskan teater dan menghasilkan karya pada masa yang akan datang.
Edisi pertama Fiesta Teater Senandika buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Senandika dengan Farani Mustafa mengungguli pengarah terbaik dan teater Ubat menerima Anugerah Khas Juri.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Senandika.
Anugerah Senandika
Anugerah Kirana
Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi
Anugerah Sukmasari
Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khalilurrahman Azizan, Tambat Kaki
Anugerah Seri Sukmasari
Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi
Kumpulan Teater Senandika turut memberi penghargaan kepada individu yang banyak membantu perkembangan dan kejayaan Kumpulan Teater Senandika dengan menganugerahkan Anugerah Aprisiasi Senandika kepada Encik Mohd Zaki Ahmad, Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang.
Panel juri yang dilantik khas oleh jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Encik Said Saiful Fazli mencadangkan untuk edisi yang akan datang, Fiesta Teater Senandika dijenamakan kepada Fiesta Teater UMP supaya lebih banyak penyertaan daripada siswa dan siswi Universiti Malaysia Pahang. Turut mengadili fiesta kali ini ialah Encik Raja Azrul Asyadi, Encik Azril Nizam, Encik Azwan Ismail, Encik Mohd Firdaus Naqiuddin, Cik Nuraini Mansor dan Cik Zanida Zamani daripada Kerabat Alumni Senandika.
Semoga penganjuran fiesta teater yang akan datang akan lebih meriah dan mendapat sokongan ramai. Kumpulan Teater Senandika mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan secara langsung atau tidak langsung Fiesta Teater Senandika. Jumpa lagi dalam edisi yang akan datang.
Anugerah Senandika
Anugerah Kirana
Poster Terbaik: Adaptasi Kerusi
Busana Terbaik: Tambat Kaki
Teknikal Terbaik: Ubat
Set Terbaik: Adaptasi Kerusi
Anugerah Sukmasari
Pelakon Harapan Wanita: Aini Hayati, Tambat Kaki
Pelakon Harapan Lelaki: Firdaus Abd Wahab, Ubat
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Syazwani Rohaimi, Ubat
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Tambat Kaki
Anugerah Seri Sukmasari
Pelakon Wanita Terbaik: Syahidah Othman, Adaptasi Kerusi
Pelakon Lelaki Terbaik: Khidhir Masteki, Teruk
Pengarah Terbaik: Farani Mustafa, Adaptasi Kerusi
Anugerah Khas Juri: Ubat
Teater Terbaik: Adaptasi Kerusi
Anugerah Aprisiasi Senandika
Encik Mohd Zaki Ahmad









