| Title : | 2somes Theatre Festival |
| Venue : | KLPac - Pentas 2 Sentul Park, Jalan Strachan (off Jalan Ipoh) Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan URL : http://www.klpac.com |
| Date & Time : | Thu 26 Feb - Sun 8 Mar 2009 |
| Tickets : | RM25/ RM15 (students, senior citizens & the differently-abled). Buy 2 shows at RM35/ RM20 (students, senior citizens & the differently-abled). Buy 3 shows at RM45/ RM25 (students, senior citizens & the differently-abled). Note: only applicable if purchase for multiple shows is made in a single transaction. |
| Ticket Contact : | KLPac: 03-4047 9000 |
| URL : | http://www.klpac.com |
| Synopsis : | Three plays. Two characters each. A relationship that makes each of the 2somes inseparable.
Directed by Christopher Ling, Written by Steven Berkoff and featuring Alfred Loh and Sharon Lam. |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Adalah dengan ini dikhabarkan sidang pembelajaran teater dan perjumpaan kerabat mingguan adalah seperti yang tertera di bawah.
Tarikh : 13 Februari 2009
Masa : 9.00 malam hingga 12.00 malam
Tempat: Ruang Legar Aras Bawah, Kompleks Sukan Universiti
9.00 malam - 11.15 malam
Kelas teater bersama jurulatih
-bawa bersama buku catatan dan pen
11.15 malam - 12.00 malam
Perjumpaan mingguan kerabat Senandika
-bawa bersama RM 7 untuk bayaran yuran semester kelab dan kumpulan bagi yang belum melangsaikan bayaran
Dimaklumkan juga kita akan menonton teater di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini. Mohon kerabat dapat melapangkan masa untuk turut sama dalam aktiviti berkeluarga ini. Maklumat lanjut akan diberitahu pada perjumpaan esok.
Sebarang masalah (ketidakhadiran dan sebagainya), boleh terus merujuk kepada saya tanpa perlu melalui kerenah birokrasi.
Senikan Caramu, Budayakan Hidupmu
Senandika... Sweet Sangat!
MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI
Ketua
Kumpulan Teater Senandika
Kelab Kebudayaan & Kesenian
Universiti Malaysia Pahang
http://www.teatersenandika.blogspot.com
skype: sengalubi
telefon : 0132002018
Sebelum ni, tiap kali perjumpaan, kerja aku dengar je apa ketua aku nak cakap. Datang pun sehelai sepinggang, kadang-kadang lewat sikit, tapi memang jarang la aku datang awal. Selalu jugak ketua akan marah pasal datang lambat tapi aku dengan kawan-kawan aku selalu macam tu, tak pernah berubah. Masa perjumpaan pun, kalau ketua cakap dekat depan, aku ada jugak cakap-cakap dekat belakang, buat bising dan tak bagi fokus sebab yang aku tahu, datang perjumpaan teater, mesti nak rasa gembira je.
Aku dulu ingat kerja ketua kumpulan ni kerja senang, takdelah susah mana. Buat perjumpaan, cakap masa perjumpaan, main permainan teater lepas tu balik. Kalau ada pementasan, pergi la. Seronok jugak dapat jalan-jalan ke tempat orang dan tengok teater tanpa berbayar. Siapa yang tak nak nikmat macam tu?
Tapi tadi, masa duduk-duduk, aku rasa kerja aku sekarang ni sebenarnya susah. Kadang-kadang aku pun tak tahu macam manalah Kak Yun dengan Lan boleh tahan dengan benda-benda dan situasi macam ni. Jadi ketua kumpulan sebenarnya banyak benda yang aku nak kena fikir. Situasi dia macam kalau aku tak fikir, keluarga aku tak makan. Sama je macam mak ayam tak boleh fikir mana nak cari cacing bagi makan dekat anak-anak.
Baru aku tahu perasaan ketua aku dulu kalau dia cakap dekat depan tapi orang macam buat tak dengar. Baru aku tahu nak bawak tengok teater dekat luar sebenarnya prosedur dia banyak birokrasi nak mampus. Baru aku tahu jadi ketua kumpulan ni, apa-apapun, Senandika datang dulu. Baru aku tahu jadi ketua ni nak ingat nama dan muka orang punyalah susah, sedangkan dulu aku fikir budak darjah satu pun boleh buat.
Dan yang paling baru aku tahu, susah sebenarnya Kak Yun dengan Lan nak buat aktiviti yang boleh buat semua orang gembira dan jadi erat macam satu keluarga. Aku tak tahu macam mana nak satukan semua kerabat Senandika jadi satu keluarga. Macam keluarga yang ada abang, kakak dan adik-adik. Aku mati akal dekat bahagian tu. Nak buat aktiviti dekat luar mana ada masa, bajet apatah lagi.
Mungkin aku patut guna formula Abang Raja dulu. Boleh kata Abang Raja ni jugak yang mengasaskan salasilah kekeluargaan Senandika dan baru aku tahu benda tu sebenarnya penting untuk dibuat walaupun nampak remeh. Aduh! Terasa macam tertikam oleh karma sendiri. Aku rasa macam Alicia Keys nyanyi lagu Karma secara langsung depan aku. Padan muka, dulu siapa suruh buat masalah dekat ketua? Kan sekarang dah kena balik.
Tapi apa yang aku cakap tadi, apa yang Kak Yun cakap tadi dan apa yang Epul cakap tadi, memang ada betulnya. Ada masa bergurau, kita bergurau. Masa yang kita perlu serius dan fokus, kita serius dan fokus. Tapi janganlah korang semua rasa tak gembira. Aku ni tensyen mana, pening mana, geram mana dan marah mana pun dengan korang, kalau korang gembira, aku mesti gembira. Sebab korang keluarga aku kat sini. Biasalah membebel tak tentu pasal tu. Tahun depan aku bersara la. Hehehe~
Betul jugak cakap Yan, mungkin sebab aku buat kerja sorang-sorang kot, tak kongsi dengan orang lain. Gila kerja la katakan. Tapi lepas ni aku akan mendidik diri sendiri supaya mengagihkan tugasan supaya aku lari dikecam sebagai orang gila kuasa. Hehehe~ Syidek, Yan dengan Eqa, lepas ni muntahlah korang buat kerja-kerja pentadbiran ni.
Nanti aku akan kira dekat kalendar berapa hari lagi aku boleh duduk balik dekat tempat ahli macam mana Lan tengah duduk sekarang. Tapi buat masa kenalah galas tanggungjawab dan beban ni. Tapi, semua tu takkan menjadi kalau korang tak bagi sokongan. Apa lagi, majulah aku untuk Senandika (motivasi kuat kerja sikit).
Siapa nak buat Bebelan 2?
Unit Budaya & Seni Kreatif akan berpindah ke bangunan baharu iaitu di belakang pejabat Kolej Kediaman Ketiga (belakang klinik lama). Dimaklumkan ada banyak ruangan kosong yang boleh dijadikan gelanggang latihan, ada dikhabarkan juga teater akan berkongsi gelanggang bersama tarian, orkestra dan koir.
Perpindahan ini adalah suatu berita baik buat saya. Bukan apa, apabila semuanya berpusat dan berdekatan dengan bangunan Canselori yang menempatkan FKKSA dan CMLHS, menjadi mudah bagi saya untuk bergerak melakukan kerja. Tidak perlu ke banyak tempat untuk berurusan kerana semuanya kini sehala.
Dan paling membahagiakan kini akan ada ruang untuk kami berlatih, tidak lagi merempat seperti sebelumnya. Biarpun dipohon berkongsi ruang, saya kira tidak menjadi masalah kerana perjumpaan teater telahpun ditetapkan pada setiap malam Jumaat, dan hendaknya kumpulan lain memberi ruang kepada Senandika untuk menjalankan aktivitinya.
Difikirkan kembali, akhirnya kebudayaan dan kesenian telah diberikan nafas untuk bangkit semula di UMP. Menjadi resam pegawai universiti untuk membunuh tunas-tunas yang mula menjalar dan membenamkan tunas-tunas tersebut dengan polisi kebudayaan yang dipandang terlalu skeptikal. Saya sendiri amat menyanjung kata-kata Dato' NC: "Undang-undang yang terlalu mengikat pelajar menjadikan mereka begitu sukar bergerak".
Saya sendiri tidak akan membenarkan teater dibenamkan oleh pegawai-pegawai tersebut. Suatu hari nanti, Kompleks Sukan Universiti akan menjadi gelanggang pementasan teater yang akan membuka mata pegawai-pegawai tersebut bahawa teater adalah "bahan bantu mengajar" dalam mendidik mereka menjadi manusia.
Ayuh! Mari bersama kita mencelikkan mereka dengan teater.
p/s: Teringin untuk mengadakan pementasan teater mengenai kuda kepang atau timang burung.
Julung kalinya blog Senandika telah di"tag". Baru kini moderator blog mempunyai idea bagaimana mahu menjawab "tag" tersebut. Hehehe~
10 Fakta Tentang Senandika
1.
Kumpulan teater di Universiti Malaysia Pahang. Bukan universiti lain. Bertaraf dunia dan berjenama tu.
2.
Ahli kumpulannya semua suka karaoke dan bergambar, pantang jumpa dua entiti kamera dan kiosk karaoke ni.
3.
Ada profil Friendster. Ahli sahaja yang boleh sertai. Bayar RM 10.00 kalau nak jadi ahli (boleh bayar dekat bendahari kumpulan, bukan bendahari universiti).
4.
Menyertai MAKUM sebanyak dua kali. Dan dua kalilah orang yang sama menang Pelakon Harapan Terbaik. Ada harapan nak maju lagi. Harapan tu penting!
5.
Ada antara ahlinya yang kecil-kecil, kurus-kurus, boroi-boroi dan sengal-sengal. Pemberi "tag" ini adalah orang yang paling kecil selepas Syafiq.
6.
Ada ahli yang selalu kena marah sebab datang lambat. Teringat Kak Syikin mengamuk masa MIS 2008. Abang Raja dulu selalu juga menjemur dan mengetuk ketapi (betul ke eja?). Hahaha~
7.
Tak ramai yang tahu apa maksud Senandika. Tak perlu rujuk kamus kerana tiada rekod. Dari seberang nama tu datang, gempak tak?
8.
Kalau ada pertandingan bergambar paling banyak, dah tahu siapa ahli yang akan menang.
9.
Selalu buat jamuan raya. Tahun ni lebih meriah lagi perancangannya. Siapa nak bagi tajaan?
10.
Kami bukan pencari publisiti murahan kerana kami memang dah terkenal (kenyataan berani mati).
Dan kami tak nak "tag" siapa-siapa! Hahaha~ Maaf ubah format sebab "setting" blog ni sengal sikit.
Jumaat lepas, rasmilah saya sebagai Ketua Kumpulan Teater Senandika yang baharu. Mengikut salasilah keketuaan Senandika, saya adalah yang kelima selepas Kak Hazimah, Abang Raja Azrul, Kak Yunika Kirana dan Azlan Umar. Dan kini mulalah legasi seorang Amiruddin Fadzli.
Jujurnya memacu Senandika bukanlah perkara yang mudah, maka sokongan anda amat saya harapkan. Senandika hanyalah pada nama tanpa anda dan kekuatan Senandika selama ini bergantung pada hubungan akrab kerabatnya. Buat mereka yang masih bertatih, janganlah silu untuk berkongsi masalah bersama saya. Jika anda tiada tempat mengadu, maka jadikan Senandika sebagai keluarga kedua anda dan ruang anda menghapus lara.
Ingatan buat semua kerabat Senandika, kita adalah sebuah keluarga yang berkongsi suka dan duka bersama. Ada kala ketika keadaan menjadi tegang, kita menjadikannya tenang. Ada ketika kala keadaan menjadi suram, kita menjadikannya senang. Itulah Senandika pada pendefinisian kita bersama.
Terima kasih kepada Azlan Umar dan ketua yang terdahulu kerana berperah keringat membangunkan Senandika. InsyaAllah, perjuangan ini akan terus tersambung, selagi kaki masih berpijak pada tanah.
Takkan mahu Senandika berpecah, takkan mungkin Senandika berpaling arah.
Evolusi Senandika sejak dari awal penubuhan yang dahulunya mengetengahkan pementasan drama, kini mementaskan karya-karya teater yang kritikal dan penuh seni. Kritikan yang kadang kala jauh sekali dari membina tidaklah mematahkan semangat para ahlinya untuk terus berkarya dan mementaskan pementasan-pementasan yang berkualiti bagi memenuhi visi kumpulan untuk sama-sama membuka lembaran baru bagi seni pementasan di tanah air tercinta ini.
Bagi memenuhi visi itu, tiadalah yang lebih penting dari komitmen yang tidak berbelah bagi. Pasti saja masalah akan timbul dan mungkin sekali kumpulan yang tercinta ini terkubur tanpa adanya komitmen pada tahap yang tertinggi. Sama ada ahli yang baru lagi pula yang lama, komitmen itu haruslah malar hijau selagi masih ia memegang idealogi Senandika.
Justeru itu, terima kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan Senandika yang telah menunjukkun komitmen yang tinggi, malah terus bersama dengan semangat dan minat yang seolah tidak luntur. Tanpa kamu semua, tiadalah kita disini.
Kerabat-Kerabat Senandika yang bergelar, dimaklumkan pada Jumaat, 9 Januari 2009, jam 9.00 malam bertempat di YDK14, bakal berlangsung perjumpaan kerabat-kerabat buat pertama kalinya bagi tahun yang baharu ini.

Azam saya sempena tahun baru untuk teater: Saya tak nak minum ais sepanjang tahun. Nak menjaga suara. Hahaha~
Anda pula bagaimana?
Bila dah buka semester ni, terasa duit mengalir macam air. Rasanya duit mengalir lagi laju daripada air mengalir kot. Siapa hebat Fizik pergi la kira!
p/s: Rani, perubahan macam ni OK tak?




